Laman Utama
Terima Kasih Gerak Khas, Sheera Jumpa Jodoh Polis - “Bakal Suami Juga Seorang Anggota, Jayakan Episod OPS Labuan”
Pelakon Sheera Iskandar mendedahkan bakal mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihannya yang merupakan seorang anggota Polis.
Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Sheera berkongsi dia bertemu jodoh dengan bakal suaminya menerusi drama bersiri terkenal, Gerak Khas.
“Gerak khas akan sentiasa dekat di hati, Sheera hargai sangat sebab dari Gerak Khas juga Sheera berjumpa dengan bakal suami Sheera yang juga seorang anggota Polis sewaktu menjayakan episode OPS Labuan.
“Gerak Khas dah tamat, doakan Sheera teruskan kehidupan sebagai isteri Polis pula. #goodbyeInspektorSheera.” coretnya.
Dalam pada itu, Sheera juga turut mengucapkan terima kasih kepada Datuk Yusuf Haslam kerana memberi peluang untuk menjadi keluarga Gerak Khas.
“Terima kasih banyak Datuk Yusuf Haslam kerana memberi peluang kepada Sheera untuk membawa watak #inspSheera dalam #GerakKhas.
“Terima kasih banyak juga buat team produksi dan juga rakan-rakan seperjuangan yang Sheera sayangi dan dah anggap sebagai keluarga,” tulisnya.
Terdahulu Gerak Khas diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai drama bersiri paling lama bersiaran di Malaysia.
Gerak Khas mula ditayangkan di RTM pada 5 April 1999 dan watak-watak terkenal antaranya ACP Haris, ASP Jeslina, ASP Salina, Inspektor Mazlan, Inspektor Sheera, dan DSP Aleeza masih lagi diingati hingga kini.