Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Terima Kasih Yang Mendoakan Mummy Mastura” - Oja

Fiza Kamarudin 10/02/2022 | 23:14 MYT
Oja mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan ibu saudaranya, penyanyi
lagu Apo Kono Eh Jang, Datin Mastura Ismail, yang menghembuskan nafas terakhir akibat kanser ovari tahap empat.
Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Taman Cheras Idaman, kira-kira jam 8.39 malam Rabu.
“Alhamdulillah berkat doa kalian… Urusan mummy Mastura Ismail telah pun dipermudahkan Allah. Terima kasih kepada yang mendoakan,” katanya menerusi ruangan InstaStory.
Menerusi ruangan sama, Oja turut memuat naik foto pada majlis tahlil yang diadakan buat Allahyarham, malam tadi.
Difahamkan, Allahyarham Mastura dikesan mengidap kanser ovari tahap empat, beberapa bulan lalu.
Sebelum itu, arwah memang selalu mengadu sakit pada bahagian perut, tetapi tidak mendapatkan rawatan.
Arwah hanya melakukan rawatan kampung dan hanya bersetuju membuat pemeriksaan apabila puas dipujuk.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Long.
Allahyarham Mastura yang juga seorang balu meninggalkan dua cahaya mata dan dua cucu.
Arwah mula mencipta nama lagu duet menggunakan loghat Negeri Sembilan, Apo Kono Eh Jang! yang dinyanyikan bersama Ally Noor berjaya mencetuskan fenomena sekitar 1980-an.
#Meninggal Dunia #Oja #Apo Kono Eh Jang #Ibu Saudara #Mastura Ismail
;