Viral

Terima Komen Bukan-Bukan Lepas Kongsi Pau Rentung di FB ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’, Wanita Buat Laporan Polis

Fiza Kamarudin
24/04/2020
05:44 MYT
Sponsor Banner
Terima Komen Bukan-Bukan Lepas Kongsi Pau Rentung di FB ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’, Wanita Buat Laporan Polis
Seorang wanita di Ipoh membuat laporan polis terhadap dua pengguna laman sosial selepas menghina pau hangusnya di group Facebook (FB) Masak Apa Tak Jadi Hari Ni (MATJHN) secara keterlaluan.
Wanita tersebut membuat laporan polis selepas terlihat komen kesat yang dilemparkan warga net pada postingnya di MATJHN.
Katanya, dua pemilik akaun telah menghina masakannya dan meninggalkan komen yang tidak ada kena mengena termasuk meninggalkan emoticon khinzir.
“Dua pemilik akaun nama Jaja dan LOF Rina telah menghina masakan saya. Mereka seolah-olah tidak puas hati dan komen yang bukan-bukan tentang masakan saya, siap ada gambar babi dan sebagainya,” katanya.
Laporan polis tersebut dibuat pada 22 April lalu di Balai Polis Pasir Puteh, Ipoh, namun telah dipadamkan daripada grup MATJHN selepas dikecam pengikut FB.
Terdahulu, wanita tersebut telah berkongsi posting paunya yang rentung dalam pengukus di grup MATJHN.
Grup MATJHN yang baru ditubuhkan pada dua minggu lalu menjadi tular kerana kandungannya yang menghiburkan dan sehingga hari ini telah memiliki 1.3 juta pengikut di FB.
Laman sosial FB tersebut diuruskan oleh Norlaila Dollah Ahmed, 46, dengan tujuan menghiburkan antara satu sama lain menerusi perkongsian masakan tidak menjadi masing-masing bagi mengurangkan tekanan berada di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). BACA: Cubaan Gagal! Karipap Kicap, Donut Sakit Kulit & Ikan Singgang Rentung Antara Hiburan 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ni'
BACA: “Batu Sungai Ke Meteor Ni?” – Jihan Muse Pun Terjebak ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni'
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar