Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Terima Pingat Kebesaran Sarawak, Ini 8 Fakta Menarik Datuk Pandelela!

Syafiqah Jalal 17/08/2023 | 12:22 MYT
Atlet terjun negara, Datuk Pandelela Rinong menerima kurniaan pingat kebesaran daripada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Penganugerahan pingat tersebut adalah merupakan pengiktirafan dan penghargaan kerajaan Sarawak kepada mereka yang telah memberikan khidmat bakti dan sumbangan tidak ternilai terhadap pembangunan negeri ini sejak era kemerdekaan sehingga ke hari ini.
Pandelela, 31, juga merakamkan ucapan terima kasih sekaligus menyuntik semangatnya untuk berbakti kepada negara kelahirannya.
“Terima kasih kerajaan Sarawak di atas pengurniaan Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas) bersempena dengan 60 Tahun Sarawak Merdeka.
“Anugerah ini disampaikan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang akan meneruskan semangat juang saya untuk berbakti sebagai anak Sarawak dan penerjun negara,”katanya.
Pandelea berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Kenali siapa dan bagaimana Pandelela bermula sebagai atlet. Ini fakta tentang Pandalela:
#1 Pandelela mencatat pencapaian membanggakan apabila menjadi atlet wanita pertama memenangi pingat dalam acara terjunan 10 meter platform wanita di Olimpik London.
#2 Empat tahun selepas itu, dia membentuk gandingan mantap bersama Cheong Jun Hoong untuk memenangi perak dalam acara 10m platform seirama di Olimpik Rio 2016.
#3 Penerjun itu pernah menjadi Ikon Belia Sukan Negeri Sarawak pada 2016 dan Ikon Sukan Yakult 2017.
#4 Wanita inspirasi ini telah melangkah Sukan Olimpik sejak usia 15 tahun. Sejak dari itu, Pandelela tidak menoleh ke belakang lagi.
#5 Hasil daripada kerja keras, beliau meraih puluhan pingat dari kejohanan di seantero dunia dan telah dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 2021.
#6Pusat Akuatik Sarawak di Petra Jaya, Sarawak secara rasminya dinamakan Pusat Akuatik Pandelela Rinong bagi menghargai pencapaiannya pada Sukan Olimpik Rio 2016.
#7 Pandelea turut diangerahkan Ahli Mangku Negara (AMN) dan Johan Bintang Kenyalang (JBK) pada tahun 2016.
#8 Pandelela Rinong Pamg juga menerima darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Datuk daripada Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada tahun 2021.
;