Hiburan

Terima Ugutan Gara-Gara Dituduh Dayus Terhadap Bekas Isteri, Jay Iswazir; - " Ujian Ini Untuk Cuci Dosa-Dosa Saya"

Ernalisa
09/01/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
Terima Ugutan Gara-Gara Dituduh Dayus Terhadap Bekas Isteri, Jay Iswazir; - " Ujian Ini Untuk Cuci Dosa-Dosa Saya"
Kemelut rumah tangga pelakon Jay Iswazir belum pun reda, kini dia teruk dikecam apabila dikatakan dayus kerana meminta bekas isterinya Fatimah Azzahra Ahmad menggugurkan kandungan.
Tidak cukup dengan itu, Jay Iswazir juga mendakwa dia turut menerima ugutan daripada wanita tidak dikenali selepas tular pendedahan palsu yang dibuat bekas isterinya.
Namun, dia dilihat kekal tenang dan memberitahu dia percaya Allah S.W.T sentiasa bersamanya.

" Saya ada terima ugutan daripada seorang wanita yang mendakwa mahu memukul saya selaps tular perkongsian bekas isteri. Semua yang berlaku saya percaya ada hikmah disebalik semua ini. Saya lebih memilih untuk berdiam diri. Daripada saya mencari kesalahan orang lain, baik saya fikir apa kesalahan yang saya lakukan.

"Ada yang cakap saya dayus, tuduh saya lelaki red flag. Sampaikan saya tanya dengan kawan terdekat apa yang red flag pada diri say aini.

" Saya anggap apa yang berlaku ini semua ada sesuatu yang Allah cuba susun untuk saya. Mungkin ujian ini juga untuk cuci dosa-dosa saya," katanya ketika ditemui di sidang media filem Dajal pada Rabu.

Jay akui dia sering membaca komen netizen untuk mengetahui presepsi netizen terhadap dirinya.
" Ya saya mengakui memang saya sering baca komen-komen netizen bila kemelut isu rumah tangga saya berlaku.

" Saya hanya baca sahaja komen-komen itu semua tapi sekali pun saya tak pernah balas," katanya.

Kisah pasangan ini menjadi bualan hangat netizen selepas bekas isterinya Azzahra mendakwa melakukan keganasan terhadapnya ketika mereka masih bersama.
Terdahulu, media melaporkan Jay memberi tempoh lanjutan selama 10 hari kepada Azzahra bagi membuat permohonan maaf kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa berunsur fitnah.
Sebelum itu, pada 9 Disember, Azzahra membuat laporan polis sebagai bukti kenyataan yang dikeluarkan berhubung menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh bekas suaminya dan menegaskan bahawa kejadian itu adalah benar
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024