Hiburan

Terkejut Terima Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Asia Pasifik, Fabian Loo Tak Kisah Nama Tak Tercalon Anugerah Filem Tempatan - “Bagi Saya Yang Penting Adalah…”

Umirah Halim
02/12/2024
09:25 MYT
Sponsor Banner
Terkejut Terima Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Asia Pasifik, Fabian Loo Tak Kisah Nama Tak Tercalon Anugerah Filem Tempatan - “Bagi Saya Yang Penting Adalah…”
Seperti mimpi, pelakon Fabian Loo terkejut apabila berjaya merangkul trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik (APFF) ke-61 menerusi filem arahan Tunku Mona Riza Rain Town.
Meskipun sebelum ini menanti hampir sedekad untuk mendapat restu dan keyakinan keluarganya terhadap masa depan nya di dunia hiburan, Fabian bagaimanpun gembira dan bangga selepas memenangi anugerah sulungnya itu.
“Saya sangat terkejut kerana saya tidak tahu nama saya tercalon dan apabila saya terima banyak mesej yang ucap tahniah saya rasa pelik.
“Saya sangat teruja, terkejut dan dalam masa sama saya rasa sangat bertuah sebab ia seperti mimpi.
“Ibu bapa saya juga ada ucapkan tahniah dan memuji saya, saya rasa mereka dah faham kerja saya” ujarnya ketika dihubungi Gempak.

BERITA BERKAITAN: Azira Shafinaz, Fabian Loo Rangkul Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-61

BERITA BERKAITAN: Berjaya Rangkul Anugerah Di FFAP61, Tunku Mona Riza Terkilan Fabian Loo Tak Tercalon Di FFM33 - “Dia Ada Potensi Besar…”

Sementara itu, mengulas mengenai watak sebagai Isaac yang dipegang dalam filem Rain Town, Fabian juga mengakui dia menghadapi kesukaran untuk melakonkan watak sebagai penagih dadah.
“Susah untuk saya lakonkan watak sebagai penagih dadah sebab saya memang tak tahu macam mana orang ambil dadah. Sewaktu persediaan memang saya buat kajian saya sendiri, tengok dokumentari macam mana kelakuan penagih dadah,” ujarnya.
Dalam pada itu, pelakon drama One Cent Thief itu juga tidak kisah sekiranya tidak tercalon dalam mana-mana anugerah meskipun, sutradara Rain Town, Tunku Mona Riza berpendapat bahawa aktor berusia 34 tahun itu layak dan mempunyai potensi besar untuk menerima pengiktirafan bagi anugerah filem tempatan.

“Filem itu sangat subjektif, bagi saya kalau tercalon itu sudah bertuah kalau saya tak tercalon pun saya tumpang gembira untuk orang lain.

“Bagi saya apa yang penting bagi seorang pelakon adalah cara lakonan di set dan persembahan lakonan itu yang saya pentingkan. Yang lain itu (anugerah) semua bonus,” tambahnya lagi.
Semalam, bukan hanya Fabian, aktor kelahiran Malaysia, Azira Shafinaz juga diumumkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Indera arahan Woo Ming Jin.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024