Laman Utama

Terkenal Dengan Sikap Tak Tahu Malu, Megan Fox & Kekasih Mengaku Berasmara Atas Meja Rumah Airbnb

Gempak
07/09/2021
15:20 MYT
Sponsor Banner
Terkenal Dengan Sikap Tak Tahu Malu, Megan Fox & Kekasih Mengaku Berasmara Atas Meja Rumah Airbnb
Pelakon Megan Fox mencuit kewarasan netizen menerusi kapsyen yang ditulis pada hantaran terkininya di Instagram.
Menerusi gambar swafoto cermin yang dimuat naik, Fox menulis: “Bila saya beritahu kamu yang meja di Airbnb ini telah nampak beberapa perkara,” tulis Fox, 35, sambil meletakkan emoji panas badan.
Kekasih Fox, iaitu penyanyi rap Machine Gun Kelly (MGK) atau nama sebenarnya, Colson Baker, 31, kemudiannya meninggalkan komen pada gambar berkenaan.
“Lega rasanya meja itu bukan milik kita lagi,” tulis MGK ringkas.
Walaupun telah dipadamkan, namun, netizen menerusi akaun Instagram @commentsbycelebs lebih cekap menyimpan tangkap layar komen yang ditinggalkan oleh MGK itu.
Menerusi ruangan komen, ramai yang menyelar tindakan Fox dan kekasihnya itu.
“Mereka tahu yang mereka boleh berkomunikasi menerusi SMS mengenai hal ini kan?”
“Ada sebab kenapa sesuatu hal perlu dirahsiakan.”
“Ok, mereka perlu menggantikan meja baharu untuk Airbnb berkenaan dan bakar meja yang itu.”
Untuk rekod, Fox dan MGK cukup terkenal dengan sifat tidak tahu malu. Terdahulu, MGK pernah merakamkan aksinya meraba payudara Fox ketika sedang menghadiri majlis karpet merah Anugerah iHeartRadio pada Jun.
Lebih memalukan, Fox sendiri memberi komen kepada kekasihnya supaya meraba terus ke dalam pakaiannya.
Fox mula berpacaran dengan MGK selepas berpisah dengan suaminya, Brian Austin Green pada Mei 2020.
Menerusi perkahwinan bersama Green, Fox dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Noah Shannon Green, 8, Bodhi Ransom Green, 7, dan Journey River Green, 4.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar