Hiburan

Terlalu Obses, Peminat Pecah Masuk Rumah Jo In Sung & Yong Hwa

Ahmad Shah
03/10/2015
16:43 MYT
Sponsor Banner
Terlalu Obses, Peminat Pecah Masuk Rumah Jo In Sung & Yong Hwa
Disebabkan terlalu meminati pelakon Korea terkenal Jo In Sung, seorang peminat warganegara China nekad memecah masuk rumah aktor berkenaan.
Kejadian berlaku pada 30 September lalu kira-kira jam 12.20 pagi bertempat di Songpa- Gu, Seoul, Korea di mana peminat wanita berusia 31 tahun itu dilaporkan telah membuat kecoh sebaik sahaja melihat artis tersebut masuk ke dalam rumah.
Ahli keluarga Jo In Sung yang terkejut dengan tindakan wanita itu meminta supaya dia meninggalkan rumah tersebut beberapa kali namun tidak dilayan.
Mereka kemudiannya membuat laporan polis terhadap sikap biadap peminat fanatik (atau dikenali sebagai ‘Sasaeng Fan’) tersebut.
Menurut laporan polis, peminat fanatik itu telah menggoncangkan pagar rumah pelakon yang popular menerusi drama ‘That Winter The Wind Blow’ dengan kuat sehingga ia terbuka dengan sendirinya sebelum masuk ke dalam kawasan rumah berkenaan tanpa kebenaran.
Pihak polis yang menyoal siasat peminat tersebut mendapati bahawa wanita itu merupakan peminat setia aktor tinggi lampai itu sejak dua tahun yang lalu
Sementara itu, wakil Jo In Sung juga berkata pihak mereka masih belum boleh memberikan sebarang kenyataan mengenai insiden berkenaan.
“Kami baru saja mendengar berita itu… Maaf kami masih belum boleh memberi sebarang komen mengenai hal tersebut.
Bagaimanapun kami akan cuba mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian yang menimpa Jo In Sung.” jelasnya.
Dalam pada itu, nasib yang sama juga menimpa ketua kumpulan band K-Pop popular CN Blue, Jung Yong Hwa apabila diganggu oleh peminat fanatik di rumahnya.
Perkara itu menyebabkan Yong Hwa menegur sikap peminat yang terlalu fanatik dengan memuatnaik satu status di akaun Twitternya. “This is a really delicate issue but I have to say it. I know you love me and I’m very thankful but I truly wish you would not come looking for me at my house. It’s chuseok and my parents who were over were very startled. I’m sorry about this message so late at night. Sleep tight.” tulisnya.
Malah Yong Hwa juga berharap agar peminat menghormati masa privasinya bersama keluarga tersayang.
Olahan: Mya Amri
Sumber: Allkpop, Soompi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar