Laman Utama

Terlalu Rindu Kuah Kacang Mak, Siti Nordiana Sanggup Ambil Inisiatif Untuk…

Hanafis Haris
14/05/2021
09:36 MYT
Sponsor Banner
Terlalu Rindu Kuah Kacang Mak, Siti Nordiana Sanggup Ambil Inisiatif Untuk…

Penyanyi Siti Nordiana antara selebriti yang terkesan dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Menurut Siti Nordiana tahun ini dia hanya beraya di Kuala Lumpur bersama anak tunggalnya, Mohamad Rayyan Nakhaie yang kini sudah berusia 13 tahun.

"Tahun ini saya hanya beraya di Cheras bersama Rayyan. Sedih juga tidak dapat pulang beraya di rumah mak ayah di Negeri Sembilan.

"Paling rindu saya nak sangat rasa juadah wajib pagi raya mak saya iaitu kuah kacang dia.

“Walaupun masakan itu simple tapi memang kuah kacang mak saya yang paling sedap saya pernah rasa,” katanya.

Jelas Siti Nordiana, disebabkan terlalu rindu dengan juadah berkenaan, dia mengambil inisiatif untuk belajar sendiri membuat menu raya itu menerusi panggilan video.

"Kalau nak tahu saya sampaikan belajar nak buat kuah kacang dengan mak menerusi panggilan video.

“Walaupun tidak sesedap mak buat tapi bolehlah untuk makan kami dua beranak," katanya yang kini tampil dengan single terbaharu berjudul Cukup Derita.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar