Laman Utama
"Terlampau Banyak Minum Susu, Akan Mengundang Kutu" - Ustazah Siti Afifah
Selepas kecoh isu suami dayus benarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki, pendakwah bebas viral Ustazah Siti Afifah kembali mencuit perhatian warganet lagi.
Kali ini menerusi sedutan ringkas videonya bercerita tentang minum susu.
Kata Ustazah Afifah, apabila seseorang individu meminum susu terlampau banyak boleh mengundang jangkitan kutu.
"Kadang-kadang bila kita minum susu terlampau banyak, salah satu dia akan mengundang kutu. Ramai yang tak tahu," ujarnya dalam sepotong video yang dimuatnaik di TikTok.
Video yang dikongsikan sekitar 14 Oktober lalu itu kembali mendapat perhatian ramai malah ada yang memberikan respon terhadap kenyataan terbabit.
"Kejap pakar makanan, kejap ustazah, kejap doktor...
"Anak aku minum susu tak ada pula kutu.
"Puan jangan bagi info tergantung. Pencerahan tentang kutu. Kutu apa?
"Baru tahu. Sebelum ini saya tahu minum susu buat badan sihat.
"Dah tu baby nak makan apa selain susu?" demikian tulis beberapa pengendali media sosial di akaun TikTok Ustazah Siti Afifah.