Hiburan

Terlelap Ketika Jaga Anak, Sheikh Muszaphar Kongsi 'Never Do This' Momen

Amri Hassan
11/02/2018
09:26 MYT
Sponsor Banner
Terlelap Ketika Jaga Anak, Sheikh Muszaphar Kongsi 'Never Do This' Momen
Jangan tiru aksi ini! Pesan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang terlelap ketika gilirannya menjaga bayi kecilnya, Sheikh Adam.
Perkongsian itu dimuat naik sendiri di Instagramnya bersama pesan agar ibu bapa lebih prihatin dan sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak walaupun ketika berada di dalam rumah.
"Ada masanya kita terlalu penat. Ini adalah giliran saya untuk menjaga kedua-dua bayi kembar saya.
"Saya letakkan Adam di atas badan saya dan mungkin saya boleh melelapkan mata seketika dalam 5 minit.
"Ini peringatan kepada semua ibu bapa di luar sana termasuk saya sendiri agar tidak mengulangi perkara sebegini lagi.
"Ia contoh yang tidak elok. Mujurlah tiada apa yang terjadi," tulisnya.
Gambar beliau bersama anak bongsunya itu dirakamkan sendiri oleh isterinya, Dr. Halina sebagai bukti kesalahan yang dilakukan.
Kisah Sheikh Muszaphar itu mendapat reaksi daripada netizen yang turut berkongsi pengalaman masing-masing sepanjang membesarkan anak.
"Oh tidak! Kalau penat sekali pun jangan buat begini lagi," pesan @felyschanour.
"Biasalah Dr. Sheikh, tiada ibu bapa yang sempurna di dunia. Semua nak yang terbaik untuk anak-anak," tambah @nur_zarith_azhar.
Pasangan Sheikh Muszaphar dan Halina menimang cahaya mata kembar pada 27 Julai 2017 yang diberikan nama Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: OG @drsheikhmuszaphar
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar