Gaya Hidup
Terliur Beb! Kasut 'Custom' Indomie Nike Air Jordan Ini Dijual Pada Harga...
Jenama mi segera Indomie bukan saja popular di Indonesia, malah ia turut menjadi kegemaran majoriti rakyat di Malaysia.
Disebabkan populariti terbabit jugalah, ia telah menjadi inspirasi buat penggemar makanan segera itu untuk menghasilkan kasut Air Jordan dengan corak Indomie.
Secara ringkasnya kasut ini masih mengekalkan rekaan kasut Air Jordan cuma ia hadir dengan warna tambahan iaitu merah, biru, putih, kuning dan hijau.
Kombinasi warna tersebut telah menjadikan kasut terbabit kelihatan cantik dan unik, sekali gus menjadi tumpuan netizen baik di Indonesia dan Malaysia.
Untuk makluman, koleksi kasut ini adalah tempahan khas dari arifwhy serta mr.s.custom dan bukannya rekaan rasmi daripada Nike.
Kasut ini hanya akan dijual terhad sebanyak 20 pasang kasut sahaja dengan harga Rp 3.3mil (RM960).