Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Terlopong Aku Bila Daiyan Trisha Tampar Aedy Ashraf, Sakit Weh” - Projek: Anchor SPM Makin Best & Dramatik!

Hanafis Haris 24/03/2021 | 13:20 MYT
Tayangan episod kedua drama bersiri premium Projek: Anchor SPM, Isnin lalu masih lagi menjadi perbualan netizen khususnya di platform Twitter.

Rata-rata mereka dilihat masih berkongsi pendapat mengenai kepuasan menonton episod berkenaan. Mereka menganggap ia lebih padat dan mula menampakkan elemen dramatik .

Antara yang menarik perhatian ramai adalah babak Aizat lakonan Aedy Ashraf ditampar oleh Aaidaa (Daiyan Trisha).

“Wehh sakit kot Aizat kena tampar.”

“Terlopong aku weh, memang tak ada warning, dia tampar je.”

“Perghh episod 2 pun dan intense macam ni, terkejut aku Aizat kena tampar,” tulis beberapa netizen.

Pada yang tidak tahu, Aaida berbuat demikian selepas perancangan bersama Aizat yang pada awalnya secara rahsia telah bocor hingga ke pengetahuan ramai.

Walau bagaimanapun, kejadian itu bukanlah berpunca daripada Aizat sendiri!

Siapakah yang bocorkan plan mereka? Anda boleh tonton ulangan episod kedua menerusi platform Astro GO atau On Demand.

Sekadar info, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.

Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.

Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.

Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.

Apapun, saksikan Projek: Anchor SPM yang ditayangkan di saluran Astro Citra setiap Isnin, jam 9.00 malam.

#Viral #SPM #ProjekAnchorSPM #ProjekSPM
;