Viral

Terpaksa Berjalan Tepi Makhluk Berselubung Kain Batik Waktu Senja, Nadhir Nasar Kongsi Kisah-Kisah Seram Di Universiti

Gempak
03/06/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
Terpaksa Berjalan Tepi Makhluk Berselubung Kain Batik Waktu Senja, Nadhir Nasar Kongsi Kisah-Kisah Seram Di Universiti

Pelakon Nadhir Nasar berkongsi kisah seram yang dialami ketika menyambung pengajian di sebuah universiti tempatan di Melaka.

Menerusi podcast Safwan Nazri, Nadhir memberitahu pengalaman seramnya bermula ketika dia mula-mula mendaftar masuk ke kolej kediaman universiti berkenaan.

Kisah seram

Katanya, ketika pertemuan dengan senior-senior, Nadhir diberitahu yang terdapat bilik di kolej berkenaan yang tidak dibenarkan untuk meletak cermin.

ARTIKEL BERKAITAN: "Macam Tengok Adik Beradik Membesar" - Hariz Hamdan Tumpang Gembira Lihat Meerqeen & Nadhir Nasar Berjaya

“Senior kata, jangan gatal-gatal nak letak cermin. Rupanya bila naik balik, bilik yang dinyatakan adalah bilik saya. Menurut mereka, ada yang berpengalaman melihat sesuatu dalam cermin ketika sedang bersiap-siap mahu ke kelas.

“Selain itu, pernah ada satu situasi di mana kami berselfie di depan bilik. Apabila melihat gambar yang ditangkap, kelihatan ada sesuatu menjenguk keluar daripada pintu bilik, dengan untaian panjang seperti rambut,” ujar Nadhir.

ARTIKEL BERKAITAN: Lantang Bersuara Isu Palestin, Nadhir Nasar Tak Kisah Disekat Jenama Besar - “Saudara Islam Kita Sedang Menderita”

Selain itu, Nadhir turut berkongsi pengalaman seram bertembung dengan satu makhluk berserkup kain batik ketika pulang ke kolej pada waktu senja.

“Ketika itu sudah senja, sekitar pukul 7 malam. Kami dari pintu luar masuk ke kolej memilih untuk lalu shortcut. Ketika melalui susur gajah, saya lihat sesuatu. Nampak macam pokok tapi apabila makin dekat, ia kelihatan seperti seorang wanita bertudungkan kain batik.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Serkap Jarang Tuduh Peminat Nadhir Nasar Sebagai Terlalu Obses, Ini Respons Tuan Punya Badan

“Kawan saya dari Sabah, dia ni keras hati. Dia pun nampak dan suruh kali jalan ke depan melintasi makhluk berkenaan. Malam itu, ketika berada dalam bilik, saya berasa seram-seram dan makan panadol.

“Esoknya saya demam panas dan ibu bapa saya datang. Sebelum balik, malam tu masa nak tidur bilik saya berbau wangi, seperti bau bunga,” katanya lagi.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar