Hiburan

Terpaksa Gunakan Bantuan Vakum, Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina Kongsi Pengalaman Ketika Anak Dilahirkan

Zulaikha Yusof
23/08/2019
04:07 MYT
Sponsor Banner
Terpaksa Gunakan Bantuan Vakum, Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina Kongsi Pengalaman Ketika Anak Dilahirkan
Personaliti media sosial dan usahawan Hafiz Mahamad bersama isteri, Syafiqah Aina berkongsi pengalaman serta momen anak sulung mereka, Raysha Arisa dilahirkan pada 24 Jun lalu.
Menurut Aina doktor terpaksa menggunakan bantuan vakum selepas tidak berjaya meneran (push) keluar Raysha.
"Saya sudah banyak kali meneran sekuat hati tetapi tidak berjaya.
"Malah, saya juga tidak pandai untuk mencuri nafas memandangkan tidak mengambil mana-mana kelas semasa hamil.
"Kemudian, doktor beritahu dia akan menggunakan bantuan vakum untuk mengeluarkan Raysha.
"Saya dan Hafiz saling berpandangan. Pada mulanya kami tidak bersetuju kerana ada yang beritahu ia akan meninggalkan kesan di kepala bayi nanti," kata Aina menerusi akaun Youtube miliknya.
Tambah Hafiz dia akui berasa takut serta ngilu apabila melihat sendiri bagaimana proses vakum itu dilakukan.
"Detik yang tak akan saya lupakan apabila doktor mula memasukkan vakum ke dalam.
"Apabila vakum lekat di kepala bayi, terus mula tarik.
"Bila bayi keluar, kami terkejut melihat kepala bayi menjadi lonjong malah kelihatan bekas vakum.
"Tapi Alhamdulillah selepas empat hari, dah hilang bekas vacum dan kembali normal," kongsinya.
Hafiz dan Aina telah mendirikan rumah tangga pada 24 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Raysha Arisa.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar