Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Terpalit Dengan Isu Skandal Seks, Psy Mengaku Berkawan Dengan Jho Low

Rozaimi Zubaidi 31/05/2019 | 01:15 MYT
Persahabatan di antara selebriti K-pop, Psy dan ahli perniagaan Malaysia yang kini menjadi buruan, Jho Low, telah menjadi buah mulut orang ramai selepas nama mereka dipetik oleh sebuah syarikat program televisyen, Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) menerusi program "Straight."
Sebelum ini, "Straight" pernah melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YG Entertainment, Yang Hyun Suk dan beberapa orang ternama daripada syarikat produksi itu didakwa membekalkan pelacur bagi dua pelabur Asia Tenggara pada bulan Julai 2014.
Bagaimanapun, jurucakap Jho Low menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa ahli perniagaan itu antara salah seorang pelabur yang dipersoalkan.
Namun begitu, jurucakap berkenaan mengakui Jho Low dan Psy berkawan.
Psy sememangnya pula sudah lama mengenali Yang Hyun Suk dan nama Jho Low dikaitkan dalam pertemuan itu atas sebab penyanyi lagu fenomena "Gangnam Style" itu enggan imejnya tercalar.
Bimbang reputasinya tercemar, Psy membuat keputusan memuat naik kenyataan mempertahankan dirinya di laman Instagram pada Rabu dengan menegaskan Jho Low adalah rakannya.
Berikut kenyataan Psy yang dipetik dari Instagram peribadinya:
“Helo. Ini Psy. Memang benar bahawa Jho Low yang disebut dalam berita itu adalah kawan saya. Apabila saya tahu (Jho Low) pada masa itu, beliau telah menjadi orang yang aktif dalam industri perniagaan pameran Hollywood.
"Saya mengenali dia kerana aktiviti luar negara pada masa itu, dan saya memperkenalkan Jho Low kepada Yang Hyun Suk.
"Tidak kira sama ada dia kawan baik atau tidak, itu adalah fakta yang tidak dapat dipertikaikan bahawa saya berkawan dengan Jho Low.
"Apabila Jho Low dan beberapa pihaknya melawat Korea sebagai sebahagian daripada jelajah Asia mereka, Yang Hyun Suk dan saya telah dijemput menghadiri makan malam.
"Selepas makan dan minum dengan orang lain yang telah dijemput, Yang Hyun Suk dan saya menjadi orang yang pertama meninggalkan majlis tersebut.
"Pada masa itu, saya hanya menganggap makan malam sebagai pertemuan dengan kawan-kawan yang berasal dari negara jauh. Saya memohon maaf kerana kesulitan yang saya telah lakukan dengan perkara ini.”
Sumber: Astro Awani
#PSY #Skandal Seks
;