Terperangkap Banjir, Atuk 93 Tahun Terpaksa 'Berlindung' Atas Bumbung, Bantuan Lambat Sebab...
Seorang warga emas berusia 93 tahun yang terperangkap dalam kejadian banjir di Kampung Kemin, Jelebu kira-kira tengah malam semalam, telah mencetuskan kebimbangan ramai.
Menerusi satu posting yang dimuat naik oleh cucunya, warga emas itu pada awalnya telah terperangkap di dalam rumah kira-kira 30 minit akibat banjir.
Disebabkan air semakin tinggi, penduduk kampung kemudian membawa atuknya ke bahagian atas.
“Nak dekat 30 minit juga atok macam ni, he is 93 years old.
“Now atuk dibawa ke atas bumbung, apa yang buat saya risau adalah hujan masih lagi turun. Tiada apa teduhkan atuk,” katanya.
Menurutnya lagi, sehingga kini bantuan masih belum diterima kerana jambatan untuk memasuki kampungnya telah runtuh.
“Minta tolong orang sana pun tak boleh buat apa. Sekarang saya dah lost contact dari sepupu saya, mungkin bateri dia habis.
“Kalau ada orang-orang dekat yang termampu nak tolong, hope sangat boleh tolong,” katanya kepada Gempak.
Kampong Kemin, Jelebu ?? pic.twitter.com/ut2smPm2L4— ʟᴀ ᴊᴇғᴇ (@izwanf7) December 18, 2021
Posting berkenaan kemudian menimbulkan rasa sebak netizen yang rata-ratanya bimbang tentang keselamatan warga emas berkenaan.
“Ya Allah kau lindungilah dia daripada kesejukan”
“Sedihnya, jambatan pula runtuh, bantuan xleh terima”
“Someone please help him, aku dah menangis dah ni,” tulis beberapa netizen.