Berita

Terpilih Ke Universiti Standford, Walaupun Hanya Menulis #BlackLivesMatter Dalam Borang Permohonan

Syafiqah Jalal
06/04/2017
08:30 MYT
Sponsor Banner
Terpilih Ke Universiti Standford, Walaupun Hanya Menulis #BlackLivesMatter Dalam Borang Permohonan
Seorang pelajar berbangsa Bangladesh-Amerika terkejut apabila diterima masuk ke Universiti Stanford, Amerika Syarikat.
Menerusi borang permohonan kemasukan ke universiti tersebut, Ziad Ahmed, 18, hanya menulis #BlackLivesMatter sebanyak 100 kali.
Ziad yang juga seorang aktivis belia telah ditanya soalan “Apa yang penting buat anda dan mengapa?” dalam bahagian esei borang permohonan tersebut.
Sabtu lalu, satu surat tawaran telah diterima dan dia amat tidak menyangka bahawa pihak universiti memilih dirinya disebabkan jawapan yang ditulis itu.
“Saya tidak sangka diterima masuk ke Stanford dan apa yang saya lakukan dianggap sebagai aset dan bukan liabiliti,” kata Ziad kepada portal Mic.com. Menerusi perkongsian Ziad di laman Twitter, berita tawaran kemasukannya ke universiti berprestij itu telah mendapat perhatian ramai.
Dia telah menerima banyak soalan selain ada yang meminta tips untuk berjaya!
Menurut jurucakap Stanford, institut pengajian itu hanya menerima jumlah pelajar yang sedikit pada 2016 kerana mereka membuat penelitian yang mendalam sebelum menerima seseorang pelajar.
Ziad diberi tempoh sehingga 1 Mei ini bagi membuat keputusan untuk memilih kursus pengajian yang diminatinya.
Sumber : Astro Awani, NBCNews.com Olahan : Izzat Ridzwan
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar