Laman Utama

Terus Lawan! Puteri Sarah Pula Fail Tuntutan Nusyuz Terhadap Syamsul Yusof

Gempak
08/05/2023
02:34 MYT
Sponsor Banner
Terus Lawan! Puteri Sarah Pula Fail Tuntutan Nusyuz Terhadap Syamsul Yusof
Selepas Syamsul Yusof memfailkan tuntutan nusyuz, kini tiba pula giliran isterinya iaitu aktres Puteri Sarah Liyana yang melakukan perkara sama terhadap suaminya.
Peguam bela yang mewakili Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata tuntutan nusyuz terhadap Syamsul itu difailkan pada pagi sebelum prosiding bermula hari ini.
"Kita sudah memfailkan tuntutan pembelaan nusyuz yang difailkan Syamsul dan pada masa sama pihak kita juga (Puteri Sarah) turut memfailkan tuntutan balas iaitu tuntutan nusyuz terhadap Syamsul," kata peguam itu.
Akberdin ditemui selepas sebutan kes nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur pada pagi, Isnin.
Bagaimanapun, Sarah dan Syamsul tidak menghadiri ke mahkamah untuk sebutan kes nusyuz mereka.
Tambah Akberdin lagi, tuntutan nusyuz yang difailkan anak guamnya itu antaranya adalah sikap tidak bertanggungjawab namun terma-terma secara terperinci tidak boleh didedahkan.
Untuk info, seorang suami boleh disabitkan dengan nusyuz sekiranya mengabaikan nafkah zahir, batin, menyuruh isteri melakukan perkara yang bertentangan hukum syarak, memukul isteri dan tidak berlaku adil (bagi yang berpoligami).
Bagaimanapun, penalti atau hukuman yang boleh dikenakan kepada suami yang nusyuz adalah bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan.
Terdahulu Akberdin turut memaklumkan Puteri Sarah juga telah memfailkan pembelaan terhadap terhadap tuntutan nusyuz yang difailkan Syamsul.
Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, selaku defendan telah memasukkan pernyataan pembelaan pada 21 Mac lalu selepas tuntutan itu diterima pada 24 Mac lalu.
Sebelum ini Syamsul ketika memfailkan tuntutan nusyuz itu berkata terdapat beberapa alasan tuntutan nusyuz itu dibuat ke atas Puteri Sarah antaranya kerana wanita itu masih berhubung dengan bekas kekasihnya yang kini berstatus suami orang.
Dalam pada itu peguam syarie Azmi Mohd. Rais yang mewakili Syamsul, 39, atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof mengesahkan perkara berkenaan.
Menurut Azmi, oleh kerana dokumen berhubung tuntutan nusyuz yang difailkan Puteri Sarah baru diperoleh, pihaknya akan meneliti sebelum memfailkan pembelaan terhadap tuntutan itu.
Semasa prosiding, Hakim Syarie Maizatul Aliza Chee kemudian telah menetapkan 14 Jun ini bagi sebutan semula kes.
Pada tarikh sebutan semula kes hari ini, Syamsul dan Puteri Sarah tidak hadir dan hanya diwakili peguam syarie masing-masing.
Untuk rekod hasil perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah, pasangan itu dikurniakan dua anak iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. - KOSMO! ONLINE
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar