Iklan
Tesco Back to School (BTS) Beli Terus Senyum 2019 Bawa Mood K-Pop!
TESCO sudah tidak asing lagi di Malaysia khususnya bila bercerita berkaitan barangan sekolah anak-anak. Pastinya rakyat Malaysia ingin sesuatu kepuasan dalam berbelanja. Jika dapat harga yang murah, menepati citarasa kanak-kanak adalah lebih baik. Tak pusing kepala mencari..
Fenomena K-Pop telah menular hampir ke seluruh peminat muzik tempatan tak kira umur, bangsa, dan juga jantina. Tidak terhad pada muzik, budaya K-Pop juga telah mempengaruhi kreativiti dan fesyen rakyat tempatan.
Jadi tidak hairan lah jika ramai kanak-kanak yang memilih barangan K-Pop untuk dibawa ke sekolah. Haa baru lah tambah semangat nak belajar! Gitu la anak-anak kecil era sekarang ini.
Edisi kali ini, TESCO tampil kelainan bukan seperti tahun-tahun lalu. Dengan wajah baru, pilihan warna neon sama seperti ‘vibes’ K-Pop.
Selangkah masuk ke ruang TESCO, anda bakal disambut dengan lagu khas Tesco Back To School yang membawa muzik K-Pop serta 'catchy tune' yang akan membuatkan anda ingin menyanyi sambil menari mengikut irama.
Kempen Tesco Back To School (BTS) akan bermula 14 November ini hingga 2 Januari 2020. Pastikan anda tidak terlepas!
Untuk kanak-kanak perempuan yang meminati animasi ‘Unicorn’ pasti tidak senang untuk buat keputusan. Hanya dapatkan 4 in 1 surprise box, anda akan peroleh 4 jenis barang iaitu beg sandang, beg pelbagai guna, kotak pensel dan sebuah botol air.
Tapi jangan risau.. Bukan produk Unicorn sahaja yang ada, anda juga boleh dapatkan 4 in 1 set untuk animasi Avangers, My Little Poney dan Frozen 2. Memang kegilaan kanak-kanak sekolah rendah kan..
Bukan hanya membeli-belah, anda juga boleh turut sama menyertai pertandingan “Dance off Challenge” yang dianjurkan oleh TESCO. Bermula 14 November hingga 13 Disember 2019.
Ada 3 kategori yang dipertandingkan khas untuk seluruh ali keluarga sertai:
1. Koreografi Terbaik
2. Tarian Ibu bapa dan Anak Terbaik
3. Tarian Adik Beradik Terbaik
Nak join pertandingan “Dance off Challenge” dengan langkah-langkah ini.
1. Belanjakan RM 50 untuk melayakkan anda menyertai. Peserta perlu menyimpan bukti pembelian untuk tujuan pengesahan.
2. Bentuk satu pasukan tarian sekurang-kurangnya 2 orang.
3. Peserta dikehendaki melengkapkan sekurang-kurangnya 30 saat jingle dan perlu menari sepanjang tempoh tersebut. Muat turun jingle dari sini http://bit.ly/TescoBTSChallenge
4. Muat naik video anda di Facebook atau Instagram dan hashtag #TescoBTSChallenge bersama-sama dengan nama kategori yang ingin bertanding. Setiap peserta mesti letakkan akaun media sosial dalam keadaan ‘public’ untuk disahkan kemenangan.
Contoh: Berikut adalah #TescoBTSChallenge saya, mencabar untuk kategori Koreografi Terbaik!
Kalau dah masuk pertandingan mesti nak tau hadiah yang bakal diperoleh kan? Takkan masuk dengan tangan kosong je kan ..
a. SATU (1) pemenang hadiah utama untuk setiap kategori. Pemenang hadiah utama akan mendapat SATU (1) set Nintendo Switch.
b. Penyertaan pertama 200 yang sah layak mendapatkan E-baucar RM 5.
Info Lanjut untuk #TescoBTSChallange: https://www.tesco.com.my/Highlights/Contest/Dance-Off-Challenge/HighlightDetails/
Jadikan TESCO sebagai pilihan utama! Satu tempat boleh selesaikan keperluan sekolah anak-anak. Nak baju sekolah, kasut sekolah, beg dan alat tulis semua ada.
TESCO sentiasa menawarkan tawaran yang pasti akan puas hati dan paling jimat kepada semua golongan ibu bapa yang ingin berbelanja! Buat apa bayar lebih kalau boleh dapat yang murah hehehe..Beli Terus Senyum!