Viral
Tetap Kerja Macam Biasa, Netizen Beri Kata Semangat Buat Aqo Imran - “Saya Baca Komen Ramai Yang…”
Hantaran jurugambar bebas, Aqo Imran berjaya menarik perhatian warganet selepas isunya tular di media sosial yang didakwa memukul pereka fesyen duo, Razman dan Razmi.
Menerusi sebuah perkongsian di TikTok, Aqo atau nama lengkapnya Muhammad Imran Khairul meminta warganet untuk berkongsi kepada orang ramai mengenai perkhidmatannya.
“Masih belum ada photographer untuk event anda nanti?
“Klik link di bio untuk dapatkan gambar cantik terus jadi boleh post!
“Boleh minta tolong sikit? Kongsikan kepada kenalan anda tentang servis kami aqoproduction. Terima kasih jasa baik anda sangat dihargai,” tulis Aqo di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat buatnya untuk terus kuat menjalani cabaran yang dia hadapi sekarang.
“Fly high aqo! Semoga dapat rezeki yang lebih dari orang hutang tu.
“Nama Aqo ni dari aku sebelum kahwin lagi dah naik dan tak pernah lagi baca bad reviews about him. Ni first time jadi so, my conclusion is sabar org ada limit lagi2 bab hutang or duit.
“Percayalah pasni job msti lagi banyak.
“Walaupun saya tak kenal dia tapi saya doakan supaya Allah permudahkn segala dan percaya mesti ada sebab yang membuatkan dia hilang sabar sampi bertindak demikian.
“Saya baca komen ramai backup yang baik2 je pasal awak..mesti awak ni disenangi ramai. semoga dipermudahkan urusan,” kata netizen diruangan komen.
Sebelum ini, media melaporkan dua pereka fesyen, Razman dan Razmi Abdul Rahman cedera di muka selepas diserang jurugambar dalam sebuah majlis anugerah di sebuah hotel di Petaling Jaya, pada Rabu.
Dalam kejadian jam 8.40 malam itu, kedua-duanya yang dikenali sebagai pereka fesyen duo, Razman dan Razmi yang juga pereka fesyen menghasilkan busana usahawan sensasi, Datuk Seri Vida untuk acara itu, dipukul dengan kamera oleh jurugambar terbabit.
Insiden itu berlaku ketika wartawan sedang menemu bual Vida sebelum jurugambar terbabit bertindak agresif.
Difahamkan insiden itu berlaku susulan masalah hutang sejumlah RM20,000 berkait penjualan kereta pada 2019.
Must-Watch Video