Hiburan
“Tetapkan Peraturan Tiada ‘Password’ Di Telefon Bimbit...”- Yatt Hamzah Kongsi 5 Tip Jika Suami Curang
Pelakon Yatt Hamzah berkongsi tip apa yang perlu dilakukan oleh isteri jika suami berlaku curang.
Pun begitu, Yatt memberitahu mencegah lebih baik dari mengubati dan setiap isteri perlu ambil langkah yang bijak jika ia berlaku.
Berikut merupakan 5 tip yang dikongsi Yatt menerusi ilmu yang dia dapat dari guru-guru bertauliah.
1) Berhenti tuding jari!
Paling penting dalam kes curang, jangan cari silap pasangan! Ramai lelaki yang berlaku curang tidak mahu mengaku kesalahan sendiri, sebaliknya mula menunding jari kepada pasangan. Mungkin benar pasangan ada kekurangan di sana sini, namun semua itu bukan lesen untuk lelaki berlaku curang. Sebaiknya bermuhasabah diri.
2) Bersemuka
Memendam rasa bukanlah jalan penyelesaian. Lebih baik bersemuka dengan pasangan untuk cari penyelesaian. Memendam rasa hanya menjadikan keadaan lebih rumit sehingga boleh mengundang depresi. Ingat, hanya bersemuka dengan suami bukan dengan scandalnya! Be prepared & stay calm. Jangan beremosi.
3) Apa yang boleh dimaafkan?
Setiap individu ada limitasi dlm menghadapi sesuatu isu. Melampau bagi anda, mngkin tak kepada orang lain. Setiap orang ada prinsip tersendiri tentang kemaafan. Ada isteri yang langsung tak boleh terima jika suami keluar dengan wanita lain biarpun hanya seorang kawan. Tapi ada juga yang tak kisah asalkan inform lebih awal. Jadi bincang sama-sama krisis yang terjadi, teliti dan dalami apa yang boleh dimaafkan, apa yang tidak.
4) Tetapkan peraturan
Jika isu kepercayaan berterusan, tetapkan peraturan antara anda dan si dia. Contohnya, dia tidak boleh lagi menetapkan kata laluan di telefon bimbit, memaklumkan ke mana tujuannya jika mahu pulang lewat malam atau minta dia bawa anda bersama jika ada apa-apa acara di luar.
5) Beri peluang kedua
Hanya anda yang boleh menilai sama ada boleh beri peluang kedua kepadanya atau tidak. Jika rasa berbaloi, pastikan dia benar-benar faham bahawa tiada lagi peluang ketiga atau keempat untuknya. Ingat, ‘Fool me once, shame on you, fool me twice, shame on me!’
Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.
Dalam perkahwinan kedua Yatt itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 4, Suci Hayfa Medina, 2, dan Suci Hawa Zulaikha, 1.
Sementara dalam perkahwinan pertamanya sebelum ini Yatt mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 9, bersama Abdul Mutalib Shukor.
undefined