Laman Utama
TFight Festival Lakar Sejarah Di Malaysia Book of Records, Berjaya Himpun 20,000 Pengunjung!
TFight Festival 2023, sebuah acara kejuaraan Muaythai yang telah mencapai puncak kejayaannya, telah berlangsung dengan gemilang selama dua hari dan dua malam, dari 29 hingga 30 September 2023, di Stadium Tertutup Gong Badak, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.
TFight Festival 2023 bukan hanya sekadar kejuaraan Muaythai biasa, tetapi juga merupakan upaya besar untuk menggabungkan nilai-nilai masyarakat dengan olahraga.
Sebagai prestasi utama, acara ini dengan bangga memperkenalkan trademark "Sukan Patuh Syariah" dan "Fit Is Sunnah" yang merupakan inisiatif yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu serta Majlis Sukan Negeri Terengganu.
Dengan komitmen untuk menjaga keselarasan dengan nilai-nilai agama dan kesihatan, TFight Festival 2023 telah membuktikan bahwa olahraga dan kepatuhan mampu berjalan seiring.
Seni bela diri 16 jam
Kejayaan pertama terlakar dari TFight Festival 2023 adalah ketika acara ini diakui oleh The Malaysia Book of Records apabila persembahan seni bela diri tanpa henti selama 16 jam bermula jam 9.00 pagi 29hb Sepetember dan berakhir pada jam 1.02 pagi 30hb September.
Acara ini disertai 11 persatuan dan pertubuhan seni mempertahankan diri di Malaysia seperti Taekwando, Karate, Wusyu, Pertubuhan Seni Gayung Serantau Malaysia Negeri Terengganu, Judo, Karate PDRM, Muaythai dan Pesaka .
20,000 pengunjung!
Acara penyampaian sijil disempurnakan oleh wakil The Malaysia Book Of Records En. Mohd Nazrul Hafizi kepada Presiden Muaythai Terengganu Master Najmi bin Abdullah. Ini adalah bukti nyata betapa istimewanya acara ini dalam dunia seni bela diri dan kecemerlangan sukan.
“Kami bangga mengumumkan bahawa kehadiran pengunjung dalam acara ini mencapai angka luar biasa, sekitar 20,000 orang pengunjung dan pelancong yang hadir untuk menyaksikan dan merasai semangat TFight Festival 2023. Ini adalah penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjadikan acara ini kejayaan besar.
“TFight Festival 2023 telah menciptakan sejarah dalam dunia Muaythai dan menjadi contoh bagaimana olahraga dapat menjadi alat untuk mempromosikan nilai-nilai perpaduan pada masyarakat.
"Kami berharap bahawa semangat yang diperlihatkan dalam acara ini akan terus memberikan inspirasi kepada masyarakat untuk hidup sihat, aktif, dan patuh terhadap nilai-nilai yang dianut," kata Master Najmi.
Ternyata objektif penganjuran T-Fight Festival 2023 ini tercapai untuk menghimpunkan para penggiat serta penggemar sukan tempur dari dalam dan luar Terengganu mahupun dari luar negara bagi mengambil peluang apa jua manfaat yang diisi sepanjang program ini.
Kejuaraan amatur
Persatuan Muaythai Malaysia (PMM) pula menyusun atur dua acara iaitu Kejuaraan Amatur Muaythai dan Kejuaraan Amatur Kickboxing yang berlangsung serentak di perkarangan Stadium Tertutup Gong Badak bermula jam 9.00 pagi hingga 6 petang.
Acara utama program ini adalah T-Fight Terengganu International Muay Thai untuk tujuh (7) pertarungan meliputi 1 Super Four (3 pertarungan) dan 4 Super Fight (4 pertarungan).
Menampilkan nama-nama besar petinju muaythai Malaysia seperti Mohammad Rafi bin Abdul Manaf (Mat Ropi), Ali Yaakob dan Alif Rakid.
Turut hadir menyaksikan pertarungan di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu adalah YB Haji Hishamuddin Bin Abdul Karim - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan, PROF. MADYA Dr. Mohamad Sabri Haron - Mufti Terengganu Darul Iman dan YDH. DCP Datuk Mazli Mazlan - Ketua Polis Negeri Terengganu.
Kehadiran Sahibus Samahah Datuk Mufti Terengganu, Dr Haji Mohamad Sabri Haron ke Stadium Tertutup Gong Badak menyaksikan perlawanan utama tinju Muaythai ini memberikan impak positif bahawa sukan muaythai yang dianjurkan oleh TFight mampu menjadi tanda aras kepada penganjuran sukan ini pada masa hadapan yang patuh dan mengikut kehendak syariah dan yang paling utama menutup aurat.
Turut hadir memberikan sokongan di acara kemuncak Mr Stephen Fox - General Secretary of the International Federation of Muaythai Amateur, wakil daripada Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia serta wakil Majlis Sukan Negeri Terengganu.
Pelbagai acara sampingan menarik turut mendapat sambutan sepanjang program berlangsung. Antaranya adalah T-Fight Tranung Jom Fit, Pencarian badan cantik – Mr. Awang Nelang, pameran serta acara kepolisan (T-Fight Sang Saka Biru), pameran dan promosi industri pelancongan, T-Fight Tranung Delicious, Busking Challenge, E-Sport Challenge dan pelbagai lagi.
Senarai penyertaan Persatuan/pertubuhan/kelab seni beladiri bagi pengiktirafan MBOR
· PERSEKUTUAN SILAT NEGERI TERENGGANU (PESAKA NEG. TERENGGANU)
· PERSATUAN SENI SILAT CEKAK TERENGGANU
· PERTUBUHAN SENI GAYONG SERANTAU MALAYSIA NEGERI TERENGGANU
· PERSEKUTUAN TAEKWON-DO TERENGGANU (ITF)
· MATSA TAEKWON-DO CLUB
· PERSATUAN JUDO TERENGGANU
· PERSATUAN WUSHU TERENGGANU
· KARATE PDRM TERENGGANU
· PERSEKUTUAN KARATE TERENGGANU
· PERSATUAN MUAYTHAI TERENGGANU
· KELAB MUAY THAI KAYU KELAT
· PERSATUAN TINJU NEGERI TERENGGANU