Hiburan

“They Even Support Free Palestine” – Gelarkan BTS Setan, PU Syed Dikecam Bukan Peminat K-Pop

Mya Amri
29/04/2019
20:26 MYT
Sponsor Banner
“They Even Support Free Palestine” – Gelarkan BTS Setan, PU Syed Dikecam Bukan Peminat K-Pop
Gara-gara menggelarkan kumpulan K-Pop terkenal dunia BTS sebagai syaitan, pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU) Syed dikecam netizen.
Sebahagian kecaman juga datangnya daripada bukan peminat K-Pop yang rata-ratanya terkejut dengan tindakan PU Syed dan melabelkan kenyataannya itu sebagai melampau.
“Kita negara Islam, boleh nak jemput setan-setan ni datang. Rusia negara kapir pun tahu nak jaga rakyat mereka.
“Maaf guna kalimah setan, sebab hanya setan yang mahu menyesatkan manusia. Kumpulan ini seperti itu juga. Nilai-nilai apa yang hendak mereka bawa kecuali kesesatan.
“Yang menjemput kena berfikir cara agama, bukan sekodar logik akal semata-semata. Didik pewaris negara ini dgn agama. PU Syed. #Cuit_cuitSiasahBersamaPUSyed,” tulisnya menerusi entri di akaun Instagram semalam.
Malah, penggunaan perkataan ‘setan’ yang merujuk kepada syaitan itu juga dianggap kasar dan tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai sebagai seorang Pencetus Ummah.
“Bukan fan K-pop tapi boleh ke gelar diorang setan? Sorry ye ilmu cetek,” soal @haiqalaji
“Mende la, sebelum ni berdozen yang datang buat konsert takde pula yang nak buka mulut panggil setan bagai,” komen @mochieese.
“They even support free Palestine,” komen @aindefg_
“Kalau tak nak diorang datang then fine, no need to call them setan, they did nothing wrong and the news not even true, it said "accusations" there, you really lose my respect,” tulis @the.lindamustafa
Dalam pada itu, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak turut memuat naik beberapa entri terbaru berkaitan dengan BTS.
“Geng K-Pop dok serang akaun ambe. Marah bila panggil kumpulan pujaan mereka sebagai SETAN.
“Ambe nak tanya satu sahaja, kalua mu boleh pilih kebenaran kenapa nak pilih sesat?” tulisnya.
Entri berkenaan juga turut mendapat respon daripada netizen.
“Betul lah ustaz perkataan setan tu terlalu kasar. By the way I’m not BTS fan,” komen @zz1y4d01
“Maaf tapi kenapa Westlife lepas pulak eh? Sebab dia bukan dari Korea ke?” soal @adda.rosli
“BTS is out there supporting Palestine, donating lots of money to the unfortunates around the world through Unicef campaign, helping those who suffered from mental illnesses and encourage youth to have dreams, yet here we are calling them "setan". They respect Islam and Muslims, but again, we call them "setan" in return,” tulis @sarahshooga
Terdahulu, difahamkan isu tersebut mula timbul selepas PU Syed tidak bersetuju dengan rancangan membawa BTS ke negara ini sebelum memuat naik satu keratan artikel yang bertajuk “Russia Bans BTS Concert Film Because It Is Deemed ‘Gay’”.
Bagaimanapun, perkara itu telah pun dijelaskan oleh peminat yang sudah menonton filem dokumentari BTS World Tour: Love Yourself In Seoul yang ditayangkan di Malaysia awal tahun lalu. Peminat juga menjelaskan terdapat salah faham mengenai keratan artikel yang dikongsi itu dan berharap agar PU Syed membuat rujukan atau menonton sendiri dokumentari berkenaan sebelum berkongsi maklumat atau kesalahan fakta yang boleh menimbulkan salah faham orang lain.
“Assalamualaikum, di sini nak perbetulkan yang movie BTS ni bukan lah berunsur gay this film tunjuk cara dorang naik cara dorang berusaha, let’s talk about this, kat sekolah ustazah sendiri ajar layanan baik terhadap orang bukan islam, jikalau menghina macam ni ini bukan cara berdakwah yang betul ya memang dorang kafir tapi tunjuk la islam ni agama yang indah, ingat memeluk agama islam bukan paksaan, HIDAYAH Allah SWT yang lagi besar,” jelas @ienarosd
Foto: Instagram @pencetusummah_syed
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar