Hiburan
#ThrowbackGempak2019: Nampaknya Kontroversi 2019 Milik PU Abu & Da'i Farhan…Oops!
Setiap tahun pasti ada saja berita kontroversi melibatkan selebriti. Bagaimanapun 2019 ‘trend’ berubah apabila dua peserta realiti islamik menjadi buah mulut warga net.
Fuhh! Semuanya gara-gara kedua-dua mereka ini iaitu, PU Abu Sufyan dan Da’i Farhan yang didakwa menceraikan isteri mereka yang sedang hamil menerusi aplikasi Whatsapp!
Suka atau tidak, itulah dua berita yang menjadi buah mulut warga net sehingga hari ini. Selain PU Abu dan Farhan, berikut adalah senarai berita kontroversi pilihan Gempak:
1) PU Abu Sufyan dan Da’i Farhan Dikecam Ceraikan Isteri Sedang Hamil!
Mungkin kerana latar belakang kedua-dua mereka (PU Abu Sufyan dan Da’i Farhan) yang diangkat sebagai ‘pendakwah’ selepas menyertai program realiti bebentuk Islamik, membuatkan warga net berang dengan tindakan dilakukan.
Kontroversi dicetuskan mereka hampir sama, iaitu didakwa menceraikan isteri yang sedang hamil menerusi aplikasi Whatsapp!
Memang panas isu kedua-dua mereka ini sehingga menjadi bualan warga net ‘sepanjang zaman’ mengatasi kontroversi artis popular.
2) Aliff Aziz ‘back to back’ buat hal
Tidak suka untuk berbicara banyak tentang artis lelaki berasal dari Singapura ini, namun 2019 tidak begitu baik buat Aliff Aziz.
Bermula dengan berita curang bersama beberapa orang wanita termasuk pelakon Oktavia Manrose, mencuri duit seorang artis Indonesia, mencacah tatu nama Bella Astillah, bercerai, ditahan polis kerana mabuk serta mencetuskan kekcohan di Orchard Road, Singapura. Fuhhhh!
3) Aksi dokong Zul Ariffin dan Intan Najuwa
Aksi mesra dalam laut mereka menjadi tular dan telah mengundang kemarahan netizen, lebih-lebih lagi status Intan Najuwa yang sudah bergelar tunangan orang dianggap keterlaluan.
Lebih panas lagi apabila seorang pengarah menafikan aksi terlebih mesra tersebut merupakan salah satu babak dalam drama arahan mereka. Hmmm…
[[BACA:“Sebaiknya Kalian Bernikah Sahaja Dan...”- PU Syed Tegur Aksi Mesra Zul Ariffin & Intan Najuwa]]
[[BACA: Aksi Peluk Rendam Dalam Laut Zul & Intan, Pengarah Nafi Gimik! "Adegan Tiada Dalam Montaj"]]
4) Aksi manja Emma Maembong dengan abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Abdullah
Sekitar Januari lalu, foto Emma Maembong tidak bertudung sedang memeluk abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Abdullah di Instastory.
Sehubungan itu Emma telah tampil memohon maaf kerana kekhilafan dirinya dan mengaku lalai.
Bagaimanapun, kontroversi mereka tidak habis di situ, sebaliknya sekeping lagi foto yang mengaitkan Emma dan Syed Abdullah berdua-dua di dalam sebuah bilik.
Emma bagaimanapun menafikan wanita yang berada di celah kangkang Syed Abdullah itu adalah dirinnya.
5. Video dan foto panas mirip selebriti
Penularan foto dan video panas mirip selebriti tempatan yang berleluasa. Tidak pasti sabotaj atau trend masa kini.
Antara nama-nama yang dikatakan memiliki video dan foto panas menayangkan alat sulit masing-masing ialah Zul Ariffin, Faizal Tahir, Aiman Tino, Zaquan Adha, Idris Khan, Iqram Al-Muhammadi Dinzly, PU Rizz, Ahmad Maembong, Kamal Adli dan ramai lagi.
Oklah husnudzon…Mungkin benar ia diubah suai menggunakan aplikasi ‘deepfake’…
6. Nabila Huda vs PU Syed isu selfie dengan anjing
Hujung Oktober lalu, PU Syed telah memuat naik status menegur tindakan segelintir artis yang semakin menjadi-jadi dan teguran tersebut dikatakan merujuk kepada pelakon Nabila Huda.
PU Syed menganggap tindakan memuat naik foto selfie anak kepada penyanyi rock lagenda Amy Search itu boleh mendatangkan fitnah dan tidak wajar dilakukan.
Bagaimanapun Nabila telah menjawab teguran PU Syed menerusi sebuah rakaman video di Instastory dan mengajak pendakwah tersebut bersemuka.
8) Chacha Maembong parti di Bali pakai bikini
Dalam pada filem lakonan terbarunya sedang dalam rangka promosi, tup-tup tular foto sekumpulan rakyat Malaysia, yang salah seorangnya dikatakan mirip pelakon Chacha Maembong sedang berparti di Bali.
Bagaimanapun, Chacha ketika ditemui Gempak enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.