Laman Utama

Tia Jinbara Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati

Mya Amri
08/11/2023
14:27 MYT
Sponsor Banner
Tia Jinbara Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati
Bekas vokalis Tia Jinbara dikhabarkan telah meninggal dunia sekitar pukul 9.17 malam tadi di Hospital Shah Alam, Selangor.
Tia atau nama sebenarnya Shamsul Bakthiar Zakaria menghembuskan nafas terakhir pada usia 53 tahun.
Perkhabaran ini disahkan oleh isterinya sendiri, Suzan Ahmad.
"Ya benar, di Hospital Shah Alam dalam pukul 9.17 tadi.
"Sekarang saya tengah uruskan dekat hospital," katanya.
Dia dimasukkan ke hospital pada Rabu lalu akibat sakit perut. Berdasarkan pemeriksaan, doktor mengesahkan arwah menghidap kanser hati.
Bagaimanapun, memandangkan pihak hospital tiada kepakaran, Suzan mencari alternatif rawatan di India yang menelan kos sebanyak RM 300,000.
Sebelum ini, Tia dikejarkan ke Hospital Shah Alam setelah mengalami sakit perut melampau dan kesukaran bernafas.
Selepas menjalani pelbagai pemeriksaan termasuk ujian imbasan sinar-X, kolonoskopi dan terakhir, CT Scan, doktor kemudian mengesahkan penyanyi tersebut menghidapi kanser hati.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar