Hiburan
Tiada Istilah ‘Bodek’, Along Kamaludin Selar Tindakan Selebriti Kutuk Fazura - “Dia Menyanyi Sampai Ke Indonesia, Yang Artis…”
Pelakon dan pengarah Along Kamaludin tampil memberi teguran kepada segelintir pihak yang mengutuk selebriti terkenal Nur Fazura di laman sosial gara-gara nyanyiannya baru-baru ini di Indonesia.
Berasa gementar
Bukan ingin membodek, Along berkata kemungkinan ketika itu Fazura berdepan dengan masalah teknikal yang diketahui orang selain berasa gementar disebabkan ia disiarkan secara langsung.
“Kepada netizen, tak payah la nak kutuk-kutuk Fazura. Bagi saya, dia ingin mencuba… saya bukan nak bodek dia sebab bukan dapat apa-apa pun.
“Dia mencuba, semua orang mencuba dan buat apa yang mereka nak. Menyanyi ke, berlakon ke. Ada juga pelakon yang kayu, tak boleh berlakon.
ARTIKEL BERKAITAN: “Nyanyiannya Boleh Diperbaiki" - Ajai Beri Nasihat, Fazura Perlu Hadir Ke Kelas Untuk 'Upgrade' Vokal
ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Lapor Polis Berkaitan Fitnah Seorang Wanita
ARTIKEL BERKAITAN: Bersuara Unik & Universal, Aliff Syukri Ajak Fazura Duet - “Mungkin Lagu Raya…”
ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Terkesan Dengan Komen Negatif Di Sosial Media, Fazura Akui Kini Lebih Kuat - “Alhamdulillah…”
“Bagi saya la, sebab saya pernah masuk live dan rasa gementar dan kalau tak pakai ear piece, muzik kiri kanan masuk dan kita pun dah tak tahu suara ke mana. Sebab saya pernah rasa benda itu.
“Jadi, kita tak perlu la sampai nak kutuk dia. Bagi saya, dia mencuba dan tak salah pun. Cuma masa itu, tak tahu apa masalah,” kata Along kepada Gempak.
Along berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sambutan ulang tahun kelahiran ke-10 anak kepada pelakon Fasha Sandha iaitu Putri Raysha Jemyma yang diadakan di Popkidspool, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tak setuju
Dalam pada itu, Along turut berkata dia tidak bersetuju dengan tindakan segelintir selebriti yang turut melemparkan komen negatif terhadap Fazura di laman sosial.
“Saya tak setuju dengan segelintir kumpulan yang mengutuk dia, ada yang kata dia tak sepatutnya menyanyi. Ada yang dia perlu masuk kelas la. Sesiapa pun, boleh menyanyi kan.
“Bagi saya, memang hak masing-masing untuk mengutuk atau memuji. Tapi kita kena fikir la, Fazura itu menyanyi sampai ke Indonesia… yang artis kutuk itu sampai ke Indonesia?
“Itu saja yang saya nak tanya mereka… mereka sendiri sampai ke Indonesia untuk menyanyi secara live? Fazura itu walaupun nyanyian orang kata sumbang, tapi sampai ke Indonesia,” ujarnya.
Sebelum ini, Fazura membuat penampilan sulung di sebuah program di Indonesia selepas dia sah bercerai dengan aktor, Fattah Amin pada 7 Oktober lalu telah mengundang pelbagai reaksi wargamaya.
Di acara temu bual berkenaan, Fazura turut mempromosikan lagu terbaharunya berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’, bagaimanapun nyanyiannya mendapat kritikan ramai yang rata-rata mengatakan agak sumbang.