Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Tiada Istilah Menunjuk” - Hasif Upin Bantu Gelandangan Seikhlasnya, Mahu Kongsi Rezeki Milik Allah

Izwan Isa 30/08/2022 | 11:50 MYT

Bintang media sosial popular, Hasif Upin menyorot perhatian netizen apabila video yang memperlihatkan dirinya sedang membantu seorang gelandangan viral di platform TikTok.

Menerusi video yang memiliki lebih 400 ribu tontonan itu, Hasif atau nama sebenarnya, Muhammad Hasif Sharuddin dilihat membelikan pakaian serta selipar baharu buat lelaki berkenaan setelah melihatnya berkaki ayam di tepi jalan.

undefined
Tindakan Hasif itu telah membutirkan pujian dalam kalangan pengikutnya. Menerusi ruangan komen, ada yang mendoakan Hasif menerima rezeki lebih besar dan ada juga yang terinspirasi untuk melakukan hal yang sama sepertinya.
Bercakap kepada Gempak, Hasif yang juga penyanyi bagi lagu Janji Sampai Mati itu berkata, hatinya tergerak untuk memberikan bantuan setelah merasakan yang rezeki pemberian Allah merupakan rezeki milik orang lain juga.
“Jujurnya, saya datang daripada keluarga yang tidak begitu senang. Dengan apa yang diberikan oleh Allah dan rezeki-Nya, saya ingin berkongsi kembali kepada orang lain yang sama-sama memerlukan,” katanya.
Sungguhpun sering memuat naik kandungan-kandungan berupa sedekah di akaun TikTok, Hasif melihat ia bukanlah sebagai satu perkara yang membanggakan.
Hal ini kerana, menurut Hasif, selagi niat untuk melakukan sesuatu perkara itu betul, maka ia turut akan mencerminkan hal-hal yang baik.
“Bagi saya, tiada istilah menunjuk dalam melakukan sesuatu perkara kebaikan. Selagi niat kita ingin membuat sesuatu yang baik, insya-Allah baik juga hendaknya.
“Caya saya untuk membantu orang di luar sana adalah dengan menghasilkan kandungan seperti ‘10 Saat Gueww Bayar’.
“Menerusi kandungan seperti tiu, saya ingin memberikan impak positif terhadap pengikut dengan membantu mengurangkan beban mereka,” katanya.

#Kongsi Rezeki #Hasif Upin
;