Viral

“Tiada Istilah Pergaduhan Atau Apa-Apa” - Tidak Lagi Bersama Amelia Henderson, Aedy Ashraf Serah Pada Takdir

Gempak
14/06/2024
11:41 MYT
Sponsor Banner
“Tiada Istilah Pergaduhan Atau Apa-Apa” - Tidak Lagi Bersama Amelia Henderson, Aedy Ashraf Serah Pada Takdir
Pelakon, Aedy Ashraf tampil memberikan respon terhadap status hubungannya dengan aktres, Amelia Henderson.

Pilih ambil haluan masing-masing

Menurut Aedy, mereka memilih untuk mengambil haluan masing-masing kerana mahu memberikan fokus terhadap kerjaya.

“Itu keputusan yang kami berdua buat, saya boleh kata kami mahu berikan fokus pada kerjaya kami. Saya dan dia sangat sibuk.

“Jadi kami memilih untuk mengambil haluan masing-masing. Tapi itu tidak bermakna kami bergaduh. Tiada istilah pergaduhan atau apa-apa,” katanya menerus video temu bual bersama Media Hiburan.

Keputusan dilakukan selepas berbincang

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Aedy keputusan itu dibuat selepas melakukan perbincangan antara mereka.
“Kami berjumpa dan berbincang secara baik mengenai perkara ini. Saya rasa masing-masing mempunyai tujuan yang sama.
“Bermaksud kami mendahulukan kerjaya terlebih dahulu. Saya rasa maybe the right person but not the right time.
“Saya berpegang pada itu, ada rasa sedih tapi it always goes back to what we want in our life. Saya rasa kita sependapat dan mahu target lebih banyak fokus tentang kerjaya.
“Sepanjang kami berkawan rapat pun tidak ada bergaduh. Ada selisih faham tapi kami selesaikannya secara profesional,” jelasnya.

Serahkan segalanya pada takdir

Tambah Aedy lagi, mengenai hal berkaitan dengan perhubungan, dia hanya menyerahkan segalanya kepada takdir.
“Sekarang ini saya rasa, kami bersetuju untuk berserah sahaja kepada takdir. Pada rezeki, kalau ada ada, kalau tak ada, tak ada.
“Pada akhirnya sudah pasti rasa sayang itu ada. Saya tahu saya masih sayangkan dia cuma masanya tidak tepat.
“Saya rasa jika masanya tidak tepat sekarang mana tahu mungkin di masa hadapan siapa tahu. Saya harap we cross path again in the future, insya-Allah,” ulasnya.
Terdahulu, Amelia telah membuat pendedahan mengenai hubungannya dengan aktor, Aedy Ashraf yang dikatakan tidak lagi akrab seperti sebelum ini.
Untuk info, difahamkan, Aedy dan Amelia dikatakan mula rapat selepas sama-sama terlibat dalam drama berjudul Kisah Cinta Kita yang ditayangkan pada hujung tahun 2021.
Setahun kemudian, Aedy membuat kejutan melamar Amelia secara terbuka menjadi kekasihnya di sebuah acara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun hubungan tersebut tidak bertahan lama apabila Aedy sendiri membuat hantaran seperti patah hati dalam akaun media sosialnya.
Tidak berakhir di situ, pada April tahun lalu, hubungan istimewa dia pelakon itu kembali terjalin dan Aedy berharap hubungan mereka akan lebih serius berbanding sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Amelia Henderson Harap Dapat Jumpa Lelaki Yang Boleh Hargai Dirinya

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Dengan Aedy Kawan, Tak Rapat Macam Dulu “ - Amelia Henderson

ARTIKEL BERKAITAN: Ada Yang Kurang Senang Sharnaaz Ambil Foto Berdua Dengan Amelia Henderson, Aedy Ashraf Komen - “Janganlah Marah, Dia…

ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Ashraf Sanggup Bleach Rambut Demi Hidupkan Watak Jazman Rahim

ARTIKEL BERKAITAN: Ini Sebab Kenapa Aedy Ashraf Tidak Menyesal Tiada SPM

Korang dah tengok filem The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar