Hiburan

Tiada Jodoh, Yenny, Jinwoon Berpisah Selepas Empat Tahun Bercinta

Mya Amri
25/04/2017
14:10 MYT
Sponsor Banner
Tiada Jodoh, Yenny, Jinwoon Berpisah Selepas Empat Tahun Bercinta
Hubungan cinta antara penyanyi Yenny (HA: TFELT) dan Jinwoon dilaporkan berakhir selepas empat tahun bercinta.
Bagaimanapun menurut sumber, pasangan selebriti tersebut mengambil keputusan untuk mengekalkan hubungan mereka sebagai sahabat.
“Pasangan itu sudah berpisah selepas empat tahun bercinta dan tidak mempunyai sebab tertentu mengenai perpisahan tersebut. Hubungan mereka secara tiba-tiba menjadi renggang,” katanya.
Perkara itu juga turut disahkan oleh wakil agensi Yenny, Amoeba Culture.
“Memang benar mereka berdua sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi namun kami tidak ada hak untuk mendedahkan puncanya kerana itu adalah kehidupan peribadi mereka,” jelasnya.
Terdahulu, bekas anggota kumpulan Wonder Girls itu telah menjalinkan hubungan cinta dengan Jinwoon (2AM) sejak awal 2014.
Olahan: Mya Amri
Sumber: Soompi
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar