Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Tiada Kaitan Dengan Israel, McDonald's Malaysia 100 Peratus Entiti Milik Muslim

Mya Amri 15/10/2023 | 05:00 MYT
Susulan tindakan McDonald's Israel yang menyumbang makanan kepada tentera Rejim Zionis, McDonald's Malaysia tampil memberikan kenyataan.
Menurut McDonald’s Malaysia (Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd), tindakan itu merupakan tindakan persendirian.
Jelas pihaknya lagi, tindakan tersebut juga adalah pasaran bebas dan tidak mencerminkan nilai atau amalan syarikat pengendali restoran makanan segera tempatan itu.
"McDonald's Malaysia menyedari perbincangan terbaru di media sosial berkenaan McDonald's Israel.
"Keputusan unilateral yang dibuat oleh pemegang francais individu tidak boleh dianggap sebagai tindakan global, dasar syarikat atau pendirian politik rasmi yang diambil oleh McDonald's secara global.
"Tindakan pengendali McDonald's di Israel menjadi contoh tindakan individu tersebut dan ia bukan keputusan global dan tidak diluluskan oleh mana-mana pengendali tempatan lain," jelas pihaknya.
McDonald’s Malaysia memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan yang dikongsi di akaun media sosial, pada Ahad.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, McDonald’s Malaysia menegaskan bahawa Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd adalah sebuah syarikat operasi tempatan.
"Sejak pengambilalihannya oleh Lionhorn Pte. Ltd. di bawah syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi pada 2017, ia telah menjadi entiti 100 peratus milik Muslim.
"Sejak itu, McDonald's telah menyumbangkan pembayaran zakat dan terus melakukannya setiap tahun.
"Sehingga 2023, kami telah menyumbang lebih RM12 juta dalam pembayaran zakat ke 14 negeri di seluruh Malaysia dan menyokong komuniti yang kurang berkemampuan," jelasnya.

A post shared by McDonald’s (@mcdonaldsmalaysia)

Terdahulu, pada Jumaat, McDonald’s Israel mengumumkan restoran makanan segera itu mengedarkan makanan secara percuma kepada tentera dan warga Israel selepas pejuang Hamas melakukan serangan.
#Israel #Muslim #McD #McDonald's #McD Malaysia
;