Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Tiada Keperluan Ambil Pengawal Peribadi, Ayda Jebat Hanya Mahu Peminat Beradab - “Saya Tahu Mereka Teruja Tapi…”

Asyraf Roslan 19/12/2024 | 03:25 MYT
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat menjelaskan tiada kepentingan untuknya mengambil pengawai peribadi bagi mengelak daripada peminat mengambil gambar dengannya ketika berada diluar waktu kerja.
Menurut pelantun lagu Memerang itu, dia tidak kisah sekiranya peminat mahu datang bergambar namun perlu menegur dengan cara yang betul agar situasi itu tidak menjadi janggal.
“Saya tidak kisah jika mereka mahu bergambar dengan saya. Cuma saya harap ada sedikit common sense sahaja.
“Untuk masa sekarang saya rasa tidak perlu, cuma apa yang saya harapkan adalah apabila saya membuat hantaran seperti itu mereka akan fikir untuk lebih beradab sekiranya ingin mengambil gambar.
“Saya tahu mereka teruja dan sayang tapi jadi sampai tidak selesa, sampai bila kita nak amik gambar pun jadi tak suka dan kita tak nak la sampai macam tu. Jadi saya rasa tiada keperluan untuk saya ambil pengawal peribadi,” ujar Ayda.
SAKSIKAN VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN GEMPAK
#Ayda Jebat #peminat #Pengawal peribadi #Bergambar
;