Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Tiada Lafaz Cerai Dibuat, Fattah Amin Tegaskan Masih Sayangkan Fazura - “Saya Ada Perasaan, Bukannya Robot”

Khairil Khusyairi 25/09/2024 | 03:08 MYT
Aktor Fattah Amin mengakui masih berpegang kepada kenyataannya sebelum ini iaitu masih sayangkan isterinya, aktres Nur Fazura.

Masih Ada Perasaan

Menurut Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 33, berkata, tiada lafaz cerai dibuat semasa prosiding permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam, Selangor, pada pagi Rabu.
“Alhamdulillah dipermudahkan urusan hari ini. Saya mohon dari semua untuk doakan yang terbaik untuk kami, itu saja.
“Saya masih lagi berpegang kepada kenyataan saya sebelum ini, masih sayang.
“Tiada (lafaz cerai),” ujar Fattah kepada pemberita.
Tambah pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu, segala ujian yang melanda rumah tangganya sudah ketentuan Ilahi.
“Apa yang terjadi sudah takdir Ilahi. Tiga perkara yang perlu yakin adalah jodoh, ajal dan rezeki. Semua itu Allah sudah atur dan tetapkan bagaimana jalannya,” katanya lagi.
Dalam pada itu, bapa kepada seorang cahaya mata itu turut memaklumkan dia mempunyai perasaan.

“Masih sayang, selebihnya saya tak boleh nak komen.

“Kenapa sehari sebelum (fail cerai), itu tak boleh tanya saya. Sudah tentu saya sedih, saya dah beritahu sebelum ini saya sedih. Itulah perasaan saya.
“Saya ada perasaan. Saya bukannya robot. Saya ada perasaan. Jadi faham sendirilah.
“Terima kasih, doakan yang terbaik, Insya-Allah.
Terdahulu, mahkamah meminta pasangan selebriti itu untuk menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.

BERITA TRENDING: Berjubah Putih, Fazura Hadir Ke Mahkamah Bagi Sebutan Permohonan Cerai - “Moga Dipermudahkan”

​BERITA TRENDING: Ulas Isu Rumah Tangga Fazura-Fattah, Netizen Mula ‘Serang’ Tya Ariffin & Asyraf Khalid - “Yang Dari Suka Tengok Podcast Ini, Tiba Rasa Menyampah...”

​BERITA TRENDING: "Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

BERITA TRENDING: “Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

Fazura diwakili peguam Fakhrul Azman. Sementara itu, Fattah diwakili peguam Zulkifli Che Yong.
Terdahulu, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.
Difahamkan permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Fazura dan Fattah yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
#Fattah Amin #Fazura #cerai #Selebriti #hiburan
;