Hiburan

Tiada Lagi Cinta, Boa & Joo Won Ambil Keputusan Berpisah

Mya Amri
13/11/2017
14:15 MYT
Sponsor Banner
Tiada Lagi Cinta, Boa & Joo Won Ambil Keputusan Berpisah
Hubungan cinta antara pelakon Korea, Joo Won dan penyanyi Boa dilaporkan sudah berakhir.
Berita itu disahkan oleh syarikat pengurusan mereka, Sm Entertainment dan Huayi Brothers dalam satu kenyataan media hari ini.
Bagaimanapun menurut wakil agensi Boa, SM Entertainment, pasangan itu tidak mendedahkan punca perpisahan mereka.
“Memang benar mereka berdua telah berpisah dan agensi Joo Woon juga telah mengesahkan perkara berkenaan.
“Amat sukar bagi kami untuk menyatakan punca perpisahan mereka. Kami tidak ada hak untuk berkongsi dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut kerana itu adalah kehidupan peribadi mereka,” ujarnya.
Dalam pada itu, Joo Won kini masih lagi menjalani latihan khidmat ketenteraan sejak May lalu dan bakal berakhir pada February 2019.
Sumber: Allkpop / Soompi
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar