Laman Utama
Tiada Lagi Pemain Bola Sepak, Yazmin Aziz Lebih Bahagia Bersama Atlet Bola Keranjang - “Saya Enggan Membazirkan…”
Pempengaruh laman sosial dan penyanyi Yazmin Aziz mengakui hubungan cintanya dengan pemain bola sepak dari Brazil yang dikenali sebagai Guylherme Brizolara sudah berakhir.
Tidak marah dengan pertanyaan netizen, Yazmin berkata dia enggan membazirkan masa dan ingin meneruskan kehidupan bersama kekasih baharunya.
“Saya sudah lama berpisah dengannya cuma tidak membuat pengumuman mengenai perkara itu. Bagi saya, kalau tahu sudah tidak sesuai, saya enggan membazirkan masa. Lebih baik teruskan hidup.
“Malah, saya juga tidak marah apabila peminat bertanya. Apa yang penting adalah kami berdua gembira terutama apabila kedua-dua keluarga memberikan sokongan kepada kami.
“Apa yang boleh kami harapkan adalah doa yang baik-baik buat kami berdua,” tulis Yazmin menerusi ruangan komen di Tik Tok.
Yazmin kini lebih bahagia dengan kekasih baharunya yang juga seorang atlet bola keranjang asal Hong Kong dikenali sebagai Austin Veloso.
Dalam pada itu, Yazmin turut berpesan untuk tidak menepikan sikap negatif yang dimiliki pasangan hanya untuk meneruskan hubungan.
Berkongsi detik pertemuan mereka sekitar Januari lalu, Yazmin berkata usaha Austin, 26, yang cuba mendekatinya membuatkan dia menerima jejaka berkenaan sebagai teman lelaki.
“Kami bertemu pada Januari lalu ketika Austin menyertai pertandingan di Kuala Lumpur dan kebetulan saya bersama keluarga pergi menonton perlawanan itu.
“Kemudian ada peminat ajak kami bergambar bersama dengan pemain dan daripada situ kami mula kenal.
“Mulanya saya memang tak layan walaupun setiap hari dia hantar mesej ajak berjumpa dan sebelum dia pulang ke Hong Kong kami bertemu malah ibu saya turut ikut,” katanya.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.