Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Tiada Niat Nak Aibkan, Saya Buat Report Sebab...” - Wanita Didakwa Mangsa Cabul YouTuber Bersuara!

Hanafis Haris 11/12/2020 | 09:06 MYT

Wanita yang dikatakan mangsa cabul membabitkan seorang YouTuber yang ditahan semalam tampil menyuarakan pandangannya berhubung isu tersebut.

Luahan itu dibuat menerusi Instagram Story, semalam.

Menurut wanita tersebut, dia ingin meminta maaf mengenai kenyataan dikeluarkan di media sosial sebelum ini.

“Kalau saya keluarkan kenyataan tak patut di media sosial saya minta maaf.

“Segala kutukan membina, menjatuhkan terima dua-dua. Saya yang pilih kongsi di media sosial, jadi segala kritikan saya kena terima,” katanya.

Jelasnya, dia berharap apa yang berlaku terhadapnya ketika ini menjadi iktibar dan pengajaran buat semua khususnya kaum wanita.

“Benda ni tak habis lagi, tetapi saya tiada niat nak aibkan sesiapa.

“Demi Allah, saya lakukan diri ini untuk diri sendiri dan perempuan di luar sana.

“Ramai di luar sana yang tak berani nak speak simpan sendiri , takut sampai jejaskan mental.

“Kalau kita sama suka itu lain cerita, tapi let say benda tu dibuat secara paksa, orang tu tak mahu dan tak suka tapi masih buat juga.

“Please no lepas ni awak kena ada kekuatan untuk buat report,” katanya.

Tambahnya, sekiranya orang ramai yang ingin membuat laporan membabitkan kes sama, namun masih takut, dia sudi untuk membantu.

“Saya nak bagitau untuk perempuan di luar sana, lepas ni kalau jadi macam ni tolonglah berani.

“Jangan diam, jangan act normal. jangan buat macam tu.

“Kalau awak perlukan teman, saya ada untuk awak, dengar luahan atau teman buat laporan.

“Niat saya bukan untuk aibkan orang itu tetapi saya tak mahu berlaku pada perempuan lain,” katanya.

Semalam, YouTuber berusia 22 tahun tampil menyerah diri kepada polis susulan aduan dibuat terhadapnya membabitkan kes cabul.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di sebuah inap desa di Kubang Kerian, Ogos lalu.

Difahamkan, YouTuber tersebut telah direman dua hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman yang bermula hari ini sehingga esok itu dikeluarkan oleh Majistret Kamarul Hasyime Rosli, hari ini.

#Cabul #Youtuber #Rogol
;