Laman Utama

Tiada Niat Nak Burukkan Anna Jobling & Meerqeen, Siti Khadijah Tampil Mohon Maaf; “Andai Boleh Undur Masa, Tak Nak Pun Tulis”

Asyikin Mayudin
04/10/2022
21:55 MYT
Sponsor Banner
Tiada Niat Nak Burukkan Anna Jobling & Meerqeen, Siti Khadijah Tampil Mohon Maaf; “Andai Boleh Undur Masa, Tak Nak Pun Tulis”
Nama pelakon Siti Khadijah dipetik netizen gara-gara didakwa memuat naik status di lama sosial seakan- akan menyindir aktres Anna Jobling baru-baru ini.
Tampil memohon maaf kepada Anna dan aktor Meerqeen, Siti Khadijah berkata perkongsiannya itu sekadar luahan hati tanpa niat untuk mengaibkan atau memburukkan mana-mana pihak.
“Saya tak ada niat nak aibkan mana-mana pihak, saya fikir dua kali sebelum saya tulis dan post. Apa yang saya tulis itu datang dari hati, untuk diri saya bukan nak aibkan atau menjatuhkan orang lain.
“Saya dengan Anna kawan bukannya lawan. Mungkin penulisan saya disalah anggap sesetengah pihak. Ikhlas dari hati, saya ingin memohon maaf kepada Anna dan Meerqeen atas kata-kata saya di laman sosial menyinggung perasaan mereka.
“Saya ambik peluang ini untuk mohon maaf kepada mereka. Tak ada niat buruk pun dekat mana-mana pihak,“ katanya kepada Gempak.
Sebelum ini, Anna Jobling berasa kecewa apabila mengetahui dirinya menjadi bahan sindiran rakan artis yang pernah berkerjasama dengannya.
Pelakon drama Ash & Aish itu mengakui kesal dengan tindakan individu berkenaan kerana tidak berterus terang sebaliknya menulis menerusi sosial media.
Selepas Anna mengeluarkan kenyataan tersebut, netizen di laman sosial mula mengaitkan nama Siti Khadijah yang didakwa merupakan individu yang diperkatakan oleh aktres itu.
Mengambil apa yang terjadi sebagai pengajaran buat dirinya, Siti Khadijah memberitahu dia akan lebih berhati-hati dalam setiap perkongsiannya di laman sosial selepas ini.
“Apa yang terjadi, saya ambil sebagai pengajaran… sebab saya pun baru dalam industri ini dan masih cari rezeki. Lepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap penulisan di laman sosial.
“Saya memang tak niat langsung nak burukkan mana-mana pihak. Kepada sesiapa nak tegur, tegur la saya. Mungkin cara penggunaan penulisan saya tu salah.
“Andai boleh undur masa, saya tak nak pun tulis benda yang akan jadi isu, saya tak nak terpalit dengan kontroversi yang tidak baik,” ujarnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar