Laman Utama

Tiada Perancangan Anak Keempat, Isteri Nabil Ahmad Selesa Berjalan Tanpa Fikir Nak Uruskan ‘Baby’ - “Bukan Trauma Tapi Sekarang Ini…”

Asyikin Mayudin
02/06/2023
00:55 MYT
Sponsor Banner
Tiada Perancangan Anak Keempat, Isteri Nabil Ahmad Selesa Berjalan Tanpa Fikir Nak Uruskan ‘Baby’ - “Bukan Trauma Tapi Sekarang Ini…”
Isteri kepada pelawak dan pengacara terkenal Nabil Ahmad iaitu Nazirah Ayub atau lebih mesra disapa sebagai Zira mengakui mereka tidak mempunyai perancangan untuk cahaya mata keempat.
Menurut Zira, dia sudah selesa menjalani kehidupan bersama tiga orang anak perempuannya yang semakin membesar.
“Kalau ikutkan saya memang dah tak nak… sebab rasanya dah cukup la buat masa sekarang ini. Bukan trauma tapi sekarang ini selesa dengan tiga orang anak yang dah besar.
“Tak payah dah nak bawa stroller, diapers bag kalau nak pergi mall… tak payah nak dukung baby ke,” kata Zira kepada Gempak.
Bagaimanapun Zira memberitahu biarpun tiada perancangan untuk cahaya mata keempat namun dia dan Nabil tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki zuriat lagi.
“Tapi kalau ada rezeki, kami okay saja. Ikutkan kami memang merancang dari segi anak-anak… kalau tengok, gap anak-anak pun cantik saja. Kami pun tak ada nak rancang anak keempat.
“Lagipun anak-anak pun tak nak ada adik lagi,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Kes Rumah Tangga Selebriti Beri Kesan, Ini Respon Isteri Nabil Ahmad - “Bini Dah Cukup Elok, Apa Lagi Awak Nak!”
Untuk info, Nabil mendirikan rumah tangga dengan Zira pada 30 September 2011 dan mempunyai tiga anak perempuan iaitu Naira Mikayla, 11, Leyla Medina, 8, Mishall Imani, 4 tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar