Hiburan

Tiada Rezeki Untuk Anak Ketiga, Amyra Rosli Mengalami Keguguran - “Awak Singgah Sekejap Saja”

Asyraf Roslan
02/12/2024
05:25 MYT
Sponsor Banner
Tiada Rezeki Untuk Anak Ketiga, Amyra Rosli Mengalami Keguguran - “Awak Singgah Sekejap Saja”
Pelakon Amyra Rosli berkongsi berita sedih apabila dia mengalami keguguran anak ketiga menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin.
Menerusi perkongsian tersebut, Amyra memberitahu dia menerima dugaan itu dengan positif.
“Awak singgah sekejap saja dalam perut mommy lepas itu awak pergi.
“Comel la awak ni. Tiada rezeki,” kata Amyra yang turut memuat naik foto bersama suaminya yang juga aktor Amar Baharin ketika mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan.
Enggan bersedih, Amyra atau nama lengkapnya Nur Amira Izzati Rosli,33 mahu meneruskan kehidupannya seperti biasa bersama keluarga tercinta.
“Tak mengapa, kita fokus shooting dulu, let’s go,” ujarnya.
Dalam hantaran sama, Amyra menzahirkan ucapan terima kasih kepada pegawai kesihatan yang telah merawatnya.
Menjengah ke ruangan komen, teman-teman selebriti dan peminat mendoakan kesihatan Amyra dan memberikan kata-kata semangat kepadanya
Sekadar info, Amyra dan Amar telah berkahwin pada 11 November 2016 dan mereka dikurniakan dua anak iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024