Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Tiap Kali Datangnya 9 September, Berderaianlah Air Mata Ini" - Aduhai Sebaknya Baca Coretan Aishah!

Amri Hassan 11/09/2018 | 03:58 MYT
Juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah sekali lagi meruntun hati peminatnya menerusi bingkisan yang ditulis di Instagram baru-baru ini.
Dalam tulisannya, setiap kali tibanya tarikh 9 September, air matanya akan mengalir terkenangkan insan yang paling dirindui iaitu ibunya, Kamariah Ujang.
"Tiap kali datangnya 9 September maka I akan merinduinya.
"Bukanlah hari-hari lain tak rindu, rindu itu selalu ada, cuma bila sampai tarikh ini maka berderaianlah air mata ni.
"Seandainya usianya panjang arwah mak akan berusia 89 tahun namun Allah telah menjemputnya 17 tahun yang lalu.
"Al-Fatihah untuk bonda Kamariah Dato' Ujang. Miss you mak... Always," tulis penyanyi lagu Syurga Di Telapak Kaki Ibu itu.

Tiap kali datangnya 9hbSept maka I akan merinduinya...bukanlah hari2 lain tak rindu...rindu itu selalu ada,cuma bila sampai tarikh ini maka berderaianlah airmata ni...Seandainya usianya panjang arwah mak akan berusia 89tahun namun Allah telah menjemputnya 17tahun yg.lalu.Al Fatihah utk bonda Kamariah Dato Ujang...miss you mak...always

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on

Coretan menyentuh hati itu turut menggamit kenangan peminatnya bersama ibu tercinta masing-masing.
Malah, ada yang berkongsi kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama insan yang telah pergi buat selama-lamanya.
Sempena kedatangan tahun baru 1440 hijrah, kita sisipkan sekali doa untuk kesejahteraan insan yang paling kita sayangi.
#Ibu #GV4 #Aishah
;