Tiba-Tiba Tak Sedarkan Diri, Pemuda 23 Tahun Temui Ajal Selepas Cabut Dua Batang Gigi
Seorang pemuda di China yang dikenali sebagai Wang, 23, meninggal dunia akibat pendarahan intrakranial (dalam otak) selepas mencabut dua batang giginya.
Menurut laporan Oddity Central, Wang ke Hospital Rakyat Kuiyong di Shenzhen untuk mendapatkan rawatan akibat sakit gigi.
Selepas melakukan pemeriksaan gigi, doktor kemudiannya memutuskan untuk mencabut dua giginya selepas mendapat persetujuan Wang.
Berikutan prosedur itu, Wang diminta untuk melakukan ujian X-ray tetapi ketika bangun daripada kerusi, dia tiba-tiba tidak sedarkan diri dan jatuh.
Wang kemudiannya dipindahkan ke hospital untuk rawatan kecemasan dan doktor mendapati dia mengalami pendarahan intrakranial selepas mencabut dua giginya.
Wang telah menjalani pembedahan kraniotomi kecemasan namun pemuda itu berada dalam leadaan koma berikutan prosedur rumit sebelum meninggal dunia 14 hari kemudian, akibat kegagalan beberapa organ.
Keluarga mendiang kini terbabit dalam tindakan undang-undang dan mendakwa kakitangan hospital itu cuai hingga menyebabkan kematian Wang.
Pihak hospital bagimanapun mendakwa doktor gigi itu tidak melanggar protokol serta peraturan rawatan, dan enggan membayar jumlah yang diminta oleh keluarga.
Keluarga Wang menuntut pampasan sebanyak 1.8 juta yuan (kira-kira RM1.2 juta), tetapi pihak hospital hanya sanggup membayar 600,000 yuan (kira-kira RM398,339).
Bimbang bukti akan musnah jika membakar Wang maka keluarganya mengambil keputisan untuk menyimpan mayat pemuda itu di rumah pengebumian sejak lima bulan lalu.
Siasatan perubatan kematian Wang kini sedang dijalankan oleh jawatankuasa khas pakar.
Sumber: Oddity Central