Laman Utama

Tidak Dengki & Gaduh, Aina Abdul Adore Ernie Zakri, Bukan Hanya Muncul Di Konsert Siap Ada Plan Duet!

Maliah Surip
20/12/2023
08:45 MYT
Sponsor Banner
Tidak Dengki & Gaduh, Aina Abdul Adore Ernie Zakri, Bukan Hanya Muncul Di Konsert Siap Ada Plan Duet!
Aina Abdul mematikan tuduhan liar mengenai kisah hubungan kurang baik atau suka membandingkan antara dirinya dengan Ernie Zakri apabila mengundang penyanyi terkaliber itu untuk menjadi penampilan khas di Konsert A Night With Aina Abdul Live in Singapare yang dijadual berlangsung 6 Januari 2024.

BERITA TRENDING: Tak Sihat Pun Mega! Aina Abdul Sapu Lagu Terbaik #SFMM38 Pusingan Pertama

Penyanyi Jangan Mati Rasa Itu malah sangat teruja dan berbesar hati apabila lamarannya diterima dengan baik oleh Ernie selepas melihat ada kekurangan pada pemilihan nama artis jemputan di konsertnya itu.
“Sebenarnya saya punya ‘shortlist’ sewaktu saya mula-mula nak buat konsert A Night With Aina Abdul Live In Singapore, berbeza tapi apabila saya tengok senarai itu saya rasa ada kekurangan.
“Jadi saya pilih Ernie Zakri kerana saya sangat ‘adore’ dengan bakatnya.
“Saya rasa ini adalah peluang yang baik untuk saya tutup kisah-kisah orang yang suka membandingkan saya dan Ernie,” kata Aina kepada media.
Tidak sekadar ingin menutup mulut pihak yang suka membandingkan mereka, Aina sebenarnya melihat kolaborasi mereka dalam perspektif yang lebih besar.

BERITA TRENDING: Aina Abdul Tak Cuci 200 Pasang Baju Ikonik, Rancang Buka Galeri

Dia mahu kolaborasi yang dijalin dapat memberi suntikan positif buat industri muzik tanah air.
“Saya rasa kita perlukan lebih banyak perkara positif dalam industri ini, bila orang cakap wanita dan wanita tak boleh bekerja bersama, saya sangat mahu katakan tidak pada persepsi itu.
“Bagi saya, saya mahu menyanyi dengan Ernie kerana saya mahu menyanyi dengan orang yang betul-betul boleh menyanyi dan boleh bagi saya naik ‘syeikh’ dan boleh bagi saya ‘goosebump’ di atas pentas.
“Saya mahu momen itu sebab saya sudah lama tiada momen itu bersama penyanyi perempuan.
“Jadi saya rasa Ernie Zakri adalah keputusan terbaik yang saya buat dan alhamdulillah dia ‘free’ dan saya terima lampu hijau dari dia.
“Kita sudah pun berlatih, saya ingat lagi selepas saja saya habis berlatih hari itu, saya cakap pada pasukan saya, peminat saya pasti akan menangis. Jadi nantikan gandingan kami,” katanya penuh teruja.
Aina malah tidak menolak jika pada masa hadapan mereka akan terlibat dengan projek duet.
“Mungkin ya mungkin (duet dengan Ernie) kerana saya juga ada karya untuk duet dengan penyanyi wanita,” katanya lagi.

PILIHAN PEMBACA: Aina Abdul Pertahan Fesyen 'Aneh' Peminat Turun Konsert! - "Ini Tentang Individualiti &…

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar