Berita

Tidak Gemar Swafoto, Yoona Anggap Perkara Itu Memalukan

Rozaimi Zubaidi
29/09/2017
07:22 MYT
Sponsor Banner
Tidak Gemar Swafoto, Yoona Anggap Perkara Itu Memalukan
Anggota kumpulan K-Pop terkenal Girls Generation (GG), Yoona, mendedahkan dia tidak gemar berswafoto dan menggangap perkara itu sesuatu yang memalukan.
Menurut laporan Allkpop, Yoona memberitahu meskipun dia tidak menyukai perkara itu namun dia akan berusaha untuk tidak menolak permintaan peminat yang ingin berswafoto bersama.
"Sejujurnya saya tidak suka swafoto kerana perkara itu amat kelakar untuk dilakukan di tempat awam.
"Cuba bayangkan ketika merakamkan gambar pasti kita harus berlakon supaya muka kelihatan cantik dan comel di depan kamera.
"Jadi secara tidak langsung membuatkan saya berasa malu lebih-lebih lagi jika ramai orang di sekeliling saya.
"Namun saya akan berusaha untuk penuhi permintaan jika ada peminat yang meminta untuk berkongsi gambar swafoto di laman sosial," katanya.
Sumber: Allkpop
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar