Hiburan

Tidak Hadir Ke FFM33, Beto Kusyairy Mohon Maaf - “Bukan Tak Nak Pergi Tapi….”

Asyraf Roslan
12/12/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
Tidak Hadir Ke FFM33, Beto Kusyairy Mohon Maaf - “Bukan Tak Nak Pergi Tapi….”
Pelakon, Beto Kusyairy memohon maaf kerana tidak menghadirkan diri ke malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) baru-baru ini.
Menurut Pelakon Lelaki Terbaik FFM33 itu, dia bukan tidak menghargai penghargaan yang telah diberikan kepadanya namun dia mempunyai komitmen lain yang harus dilunaskan.
"Saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat hadir atas kekangan masa, tanggungjawab dan komitmen yang perlu saya lunaskan.
"Bukan tak nak pergi dan tak menghargai atas penghargaan yang telah diberikan kepada saya. tapi bila melibatkan pengambaran ia melibatkan banyak pihak bukan saya seorang.
"Kalau saya pergi shooting tak boleh jalan, apabila shooting tak berjalan, location kita dah lock, jadual artis-artis lain dah lock, banyak benda. Jadi atas dasar tanggungjawab, komitmen sedia ada saya perlu utamakan apa yang saya buat ketika itu dulu,” katanya kepada Hlive.
Pada masa sama, Beto atau Nur Kusyairy Zakuan Osman juga memberitahu bahawa dia bekerja bukan untuk mengejar anugerah namun dia menghargai penghargaan yang diberikan.
Jelasnya, untuk mendapatkan anugerah seperti itu bukannya hasil dari kerja daripadanya sahaja namun ia merupakan hasil daripada orang sekekiling yang banyak membantu.
"Walaupun saya bekerja bukan untuk mendapatkan anugerah, tapi apabila diberi penghargaan sedemikian saya berbesar hati sangat-sangat namun untuk dapat title pelakon terbaik itu ia bukan hasil kerja saya seorang saya dibantu ramai orang disekeliling saya,” tambahnya.
Sekadar info, Beto sebelum ini pernah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM32 menerusi filem Mat Kilau.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live