Hiburan

Tiga Kali Tunda Majlis Perkahwinan Kerana Mahalini

Asyraf Roslan
28/12/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
Tiga Kali Tunda Majlis Perkahwinan Kerana Mahalini
Kerana benar-benar meminati penyanyi, Mahalini, pempengaruh Indonesia, Hallow Ica sanggup menunda tarikh pernikahannya sebanyak tiga kali.
Tindakan itu dilakukan hanya kerana mahu pelantun lagu Bohongi Hati itu hadir membuat persembahan di majlis resepsinya.
Pada masa sama, wanita berkenaan juga berkongsi sanggup melangsungkan majlisnya pada hari Jumaat kerana mahu mengikut jadual penyanyi tersebut.
“Tengah bagi tahu Mahalini, saya ubah tarikh nikah sebanyak tiga kali sebab nak dia hadir ke majlis resepsi saya,” katanya ringkas menerusi kemas kini di TikTok.
Tindakan pempengaruh itu berjaya menarik perhatian netizen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata juga berharap suatu hari nanti mereka juga boleh menjemput penyanyi kegemaran mereka untuk membuat persembahan di hari bahagia mereka.
“Bismilah, semoga murah rezeki. Saya juga teringin jemput Mahalini ke majlis saya.
“Kamu tidak over, saya juga mahu buat perkara sama.
“Bismillah, harap masa wedding saya juga dapat menjemput Mahalini,” komen netizen.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024