Viral

Tiga Warga Vietnam Dipenjara Tergamak Jual Daging Kucing & Anjing

Gempak
30/09/2024
07:25 MYT
Sponsor Banner
Tiga Warga Vietnam Dipenjara Tergamak Jual Daging Kucing & Anjing
Tiga warga Vietnam dijatuhi hukuman penjara 17 bulan dua minggu kerana menghidang daging anjing serta kucing dan mengendalikan restoran tanpa lesen di Hong Kong, lapor portal berita VN Express semalam.

BERITA TRENDING: Hancur Hati Nabila Huda Tengok ‘Anak’ Tanggung Kesakitan & Terseksa - “Kalau Tak Mampu Jangan Tahan, Mummy Dah Reda”

Tran Quang Tan, 51, bersama isterinya, Le Thi Oanh, 44 serta menantu lelaki mereka, Nguyen Manh Dat, 26, didapati bersalah kerana bekerja di restoran yang terletak di Mong Kok pada awal tahun ini.
Ketiga-tiga pendatang tanpa izin di Hong Kong itu turut mengaku menjual daging anjing dan kucing semasa perbicaraan kelmarin.
Pihak berkuasa menyerbu premis berkenaan pada Februari lalu berikutan maklumat daripada pegawai yang menyamar sebagai pelanggan.
“Kami menemui beberapa warga Vietnam dan menu dalam bahasa Vietnam untuk hidangan daging anjing dan kucing, di samping rekod perniagaan.
“Semasa serbuan, kami juga menemui 34 bungkusan daging haiwan yang dipercayai diseludup masuk ke Hong Kong dengan bot,” kata pihak berkuasa.
Pendakwa raya menyatakan bahawa bungkusan itu mengandungi daging anjing serta kucing.
Menurut keterangan mahkamah, pasangan itu didapati sama ada menguruskan bil atau menyediakan makanan di dapur, manakala anak lelaki mereka, Tran Nhat Minh, dituduh membantu tetapi mengaku tidak bersalah. – AGENSI

BERITA TRENDING: "Jangan Risau..." - Mata Bengkak Kemerahan, Anak Sulung Emma Maembong Alami Alergi Kucing

BERITA TRENDING: Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

BERITA TRENDING: Penyewa ‘Naik Hantu’ Kucing Oyen Peliharaan Disembelih, Dimakan Tuan Rumah Untuk Ubati Diabetes!

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar