Hiburan
Tiket Terjual Lebih 6,000 Tapi Siapa Pelakon PGL? Tak Sabarnya!
Biarpun barisan pemegang watak utama untuk pementasan semula Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL2020) belum diumumkan namun sudah lebih 6,000 tiket terjual.
Ternyata sambutan menggalakkan itu jelas menunjukan ramai yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan kehebatan muzikal PGL2020.
Malah penerbit dan pengarah PGL2020, Puan Sri Tiara Jacquelina juga turut mengimbas kembali memori dengan berkongsi sedutan video klip PGL menerusi akaun Instagramnya.
“OMG this video clip brings back sooooo many memories??? #Repost @enfinitimy (@get_repost)
“????? ?????? ?????, ????? ?????????, ????? ???????? ????, ????? ??? ??? ????…
“Debaran semakin terasa. Gerangan siapakah yang bakal memberi nafas baru kepada Gusti Puteri Raden Adjeng Retno Dumilah?
“Puteri Gunung Ledang The Musical, tiket telah terjual lebih 6,000. Jangan ketinggalan diskaun 20% untuk pembelian terawal yang berkahir 31 Januari ini. Log on to www.pglmusical.com for tickets,” kongsinya.
Antara komen yang diterima:
“Tak tahu dah nak kira tengok berapa kali sampai semua dialog dah hafal. Babak paling suka Putri serang jarak jauh, silat batin. Lagu ni juga Jack malam show tu persembahan terbaik. Kasi pecahkan,” tulis @jacksuhairi
“Setiap kali tengok video Asmaradana saya rasa jatuh cinta dengan tarian-tarian yang @tiarajacquelina tarikan, love you @tiarajacquelina” komen @monicastellaivy
Terdahulu, Puteri Gunung Ledang merupakan sebuah filem sejarah epik popular pada tahun 2004 yang diarahkan oleh Saw Teong Hin.
Selain Tiara, filem tersebut dibintangi oleh nama-nama besar antaranya Datuk M. Nasir, Adlin Aman Ramli, Sofia Jane dan Khir Rahman.
Ekoran daripada kejayaan filem tersebut, penerbit filem ini kemudiannya menerbitkan teater muzikal yang sama jalan ceritanya pada tahun 2006.