Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Tilam Ratusan Ringgit, Buaian Berirama Ada Tapi Tak Nak Duduk Lama” – Yana Samsudin Kongsi Ragam Comel Anak Kedua

Mya Amri 08/02/2021 | 10:20 MYT
Pelakon Yana Samsudin berkongsi ragam anak keduanya, Aura Aisy Sofea.
Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Yana memberitahu perangai Sofea agak berlainan dengan anak sulungnya, Aisy Mateen.
Entri itu juga disertakan dengan foto merakamkan Sofea sedang tidur lena sambil mukanya terlindung di sebalik bantal.
“Anak kedua ni lain macam sikit, tilam kekabu gebu harga ratusan ringgit, katil baby siap ada hayunan, buaian berirama pun disediakan tapi semua tu dia tak nak duduk lama.
“Tapi kalau macam ni, lena lama pula. Rasanya dekat sebulan je kot berbedung, tu pun siang hari je malam hurmm kelaut kain bedungnya.
“Baby Aura Sofea ni kuat, siang lahir malamnya dah angkat kepala. Mau menjerit mommy kat dalam hospital tu sebab kaget tengok dia angkat leher dia masa dadi dia dukung. Terlebih kalsium susu rasanya ni.
“Apa pun semoga anak mommy sihat mommy dah syukur. Nak kejutkan pun tak sampai hati sebab dah lena tidur. Semoga membesar manjadi anak yang solehah. Amin.
“Tak lama lagi dah nak 3 bulan… Ala cepatnya masa berlalu! Mommy dah nak habis pantang yeay!” kongsinya.

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin)

Yana mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan juga adik kepada Farid Kamil, Fadzil Zahari pada tanggal 13 Februari 2015.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang anak, Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea.
#Yana Samsudin #Aura Aisy Sofea #Ragam Anak
;