Viral

Tindakan Dua Wanita Langkah Kubur Dirujuk Jakim, Mufti

Gempak
26/05/2024
09:25 MYT
Sponsor Banner
Tindakan Dua Wanita Langkah Kubur Dirujuk Jakim, Mufti
Tindakan dua wanita melangkah kubur yang tular di media sosial akan dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Mufti.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, ini kerana perkara itu berhubung kait dengan aspek hukum selain bagi meredakan perselisihan faham yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

"Sekiranya masyarakat merujuk pihak agensi agama sebelum membuat apa-apa tindakan yang membabitkan sensitiviti agama, pihak jabatan akan terus memberi nasihat dan panduan kepada mereka untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

"Pencipta kandungan diingatkan agar menjaga keharmonian agama untuk memastikan bahan kandungan yang dimuat naik di media sosial adalah berdasarkan nas yang sahih dan amalan yang dibenarkan Islam," katanya.
Semalam, tular video berdurasi 37 saat memaparkan tindakan dua wanita melangkah kubur sehingga mengundang kemarahan netizen yang menyifatkan perbuatan itu melampaui batas dan tidak menghormati agama serta waris si mati. - Bernama

BERITA TRENDING: Buat Gurauan Tentang Kematian Ahli Keluarga, Netizen Anggap ‘Dark Joke’ Biadab?

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar