Hiburan

Tinggalkan Anak Demi Tawaran Berlakon, Mawar Rashid Anggap Ia Satu Pengorbanan Buat...

Hanafis Haris
26/12/2019
11:26 MYT
Sponsor Banner
Tinggalkan Anak Demi Tawaran Berlakon, Mawar Rashid Anggap Ia Satu Pengorbanan Buat...
Pelakon Mawar Rashid akur dengan tuntutan kerja sebagai pelakon meskipun terpaksa meninggalkan anaknya Raden Muhammad Rafael yang baru saja berusia sembilan bulan.
Menerusi HLive!, Mawar memberitahu dia bakal bergiat aktif dalam bidang lakonan serta pengacaraan walaupun berat hati untuk meninggalkan anaknya yang masih kecil.
"Mawar dan mula kembali dalam dunia pengacaraan dan kalau ada tawaran berlakon, saya akan tengok dulu sebelum berbincangan dengan suami.
"Setakat ini tiada watak yang saya akan kata tidak. Apa saja karakter saya ok untuk lakukan," katanya.
Tambah Mawar, dia tidak mahu melepaskan peluang yang diterima kerana semuanya itu adalah rezeki untuk keluarga.
"Demi karier Mawar, saya tak nak lepaskan peluang yang ada. Ini semua rezeki untuk anak dan keluarga Mawar juga.
"Memanglah rasa tak nak tinggalkan anak, nak tengok perkembangannya, tapi inilah pengorbanan untuk ibu yang bekerja," katanya.
Untuk rekod, Mawar dan suaminya Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac lepas.
Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.
Dalam perkembangan terkini, Mawar sedang menjalani penggambaran drama rantaian berjudul TQ Captain.
Selain Mawar, drama TQ Captain turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Hisyam Hamid, Raf Yaakob, Mark Adam, Harris Annuar, Tomok dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan drama TQ Captain di slot MegaDrama mulai 9 Disember 2019, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar